Jordan University of Science and Technology (JUST) sedang menawarkan permohonan geran padanan. Maklumat lanjut mengenai permohonan geran padanan ini boleh rujuk lampiran yang disertakan bersama email ini.

Penyelidik yang berminat boleh melengkapkan Borang Permohonan seperti di Lampiran A dan kembalikan kepada Ketua Urusetia Geran Padanan  sebelum 3 Mac 2022 melalui alamat email radzuwan.abrashid@mohe.gov.my

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama pihak  YBhg.  Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.  agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti/Institut/Pusat masing-masing mengenai pembukaan permohonan ini.  

Kerjasama dan perhatian   YBhg.  Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.