[vc_row][vc_column][vc_column_text]Mesyuarat Pengurusan Khas CRIM Bil. 13/2019 pada 8 November 2019 telah bersetuju penambahbaikan Garis Panduan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) berkuatkuasa pada 1 November 2019.

Penambahbaikan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) Bil. 1/2019 berhubung pindaan kadar bayaran saguhati, kadar RA/GRA/Zamalah/Pasca Doktoral serta perubahan dalam syarat lantikan Modal lnsan seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM. Sehubungan dengan itu, semua pelantikan GRA hendaklah menggunapakai Garis Panduan GRA yang baharu. Dokumen ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang CRIM, http://research.ukm.my/download/pembantu-penyelidik-siswazah-gra-pembantu-penyelidik-ra/.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada Encik Mohd Asraf Bin Mohd Farid di talian 03-89214455.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]