Ekosistem Kondusif Sektor Awam

EKSA@CRIM

Garis panduan pelaksanaan EKSA di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Panduan

06

Kandungan EKSA@CRIM

6 bahagian utama

Garis Panduan EKSA UKM

Buka PDF saiz penuh ↗
Memuatkan…

Tujuan

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua Fakulti / Institut / Pusat (F/I/P) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui garis panduan ini juga, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil di setiap peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan, kaedah pengauditan dan penambahbaikan yang digunapakai. Garis panduan ini juga menjelaskan kriteria dan keperluan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.

Konsep & elemen baharuPerancanganPelaksanaanPemantauan & auditPenambahbaikanPensijilan EKSA

Latar Belakang

EKSA mula dilaksanakan di UKM pada tahun 2022 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif di UKM.

Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga Universiti. Ini juga sejajar dengan hasrat Universiti untuk menjadi sebuah universiti yang terpilih dan terkehadapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Singkatan yang digunakan dalam garis panduan

SingkatanDefinisi
EKSAEkosistem Kondusif Sektor Awam
JFPIBJabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian
JKJawatankuasa
KJKKetua Jaminan Kualiti
MAMPUUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(Malaysian Administrative Modernisation and Planning Unit)
MSPMesyuarat Semakan Pengurusan
PJKPusat Jaminan Kualiti
PKKPusat Komunikasi Korporat
SPBSistem Persekitaran Berkualiti
UKMUniversiti Kebangsaan Malaysia

Dasar

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai universiti watan beriltizam mengutamakan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals -SDG) dalam mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi sebagai amalan bagi mencapai kesejahteraan warganya melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

Objektif

Objektif pelaksanaan EKSA di UKM adalah bertujuan untuk:

  1. Menggalakkan budaya kerja berprestasi tinggi melalui aktiviti kreatif dan inovatif dalam kalangan warga bagi meningkatkan imej korporat universiti
  2. Mewujudkan ekosistem persekitaran universiti yang kondusif dan lestari
  3. Menerapkan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian fungsi entiti di universiti
  4. Menyokong usaha mencapai matlamat dan aspirasi Pembangunan Lestari Negara

Carta Organisasi EKSA@CRIM

Carta Organisasi EKSA@CRIM
Carta Organisasi EKSA@CRIM Lihat carta saiz penuh ↗

Aktiviti EKSA

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026