<style id="elementor-post-22081">.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Tax Deduction

- Link: https://research.ukm.my/tax-deduction/
- Published: 2026-09-07T02:05:52+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Penyelidikan & Pembangunan

#  Insentif Potongan Cukai  2 Kali Kepada Industri

 Insentif bagi projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan / 
atau teknologi, tertakluk kepada syarat serta prosedur pihak berkaitan.

  Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967   Projek R&D   Sains / Teknologi

 Pengenalan

##  Insentif Untuk Kerjasama Penyelidikan Bersama Industri

 Insentif potongan cukai dua kali ini berkaitan dengan aktiviti Penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) yang memenuhi kriteria kelayakan. Proses melibatkan penyelidik,
syarikat, Jabatan Bendahari UKM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi(
CRIM).

  Skop  ** Terhad untuk projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dalam bidang sains
dan / atau teknologi sahaja. **

 Prosedur

##  Proses Potongan Cukai 2 Kali

 01

###  Penyelidik

 *  Berhubung dengan syarikat bagi membincangkan cadangan aktiviti R&D.
 *  Mengenal pasti skop, objektif dan hasil penyelidikan yang dicadangkan.
 *  Menyediakan proposal penyelidikan untuk pertimbangan syarikat.

 02

###  Syarikat

 *  Mengeluarkan surat kelulusan projek.
 *  Menyediakan perjanjian penyelidikan bersama UKM.
 *  Membuat sumbangan tunai melalui Jabatan Bendahari UKM.

 03

###  Bahagian Kutipan Hasil, Jabatan Bendahari

 *  Menerima sumbangan atau bayaran daripada syarikat.
 *  Mengeluarkan resit rasmi kepada syarikat.

 04

###  Penyelidik

 *  Mendaftarkan kelulusan projek melalui SMPU.
 *  Melengkapkan maklumat berkaitan projek penyelidikan.
 *  Memaklumkan kepada CRIM bahawa syarikat memohon potongan cukai 2 kali.

 05

###  CRIM

 *  Menyemak proposal penyelidikan.
 *  Menilai kesesuaian aktiviti R&D berdasarkan kriteria kelayakan.
 *  Mengeluarkan surat pengesahan kelayakan kepada syarikat.

 06

###  Syarikat / LHDN

 *  Menguruskan taksiran cukai tahunan syarikat.
 *  Mengemukakan dokumen sokongan berkaitan kelayakan aktiviti penyelidikan.
 *  Merujuk prosedur permohonan potongan khas melalui portal rasmi LHDN.

 Kelayakan

##  Aktiviti R&D Yang Layak

 A

###  Objektif Aktiviti

 Mempunyai objektif untuk:

 *  Memperolehi pengetahuan baharu.
 *  Mencipta produk atau proses baharu.
 *  Membuat penambahbaikan kepada produk atau proses sedia ada.

 B

###  Unsur Baharu

 Aktiviti melibatkan sesuatu yang baharu, pembangunan pengetahuan atau mempunyai
unsur risiko teknikal.

 C

###  Kajian Sistematik

 Aktiviti melibatkan kajian sistematik, penyiasatan dan eksperimen dalam bidang 
sains atau teknologi.

 Pihak Industri

##  Tindakan Syarikat

###  Selepas Pengesahan Kelayakan

 *  Syarikat menguruskan taksiran cukai tahunan.
 *  Syarikat merujuk prosedur permohonan potongan khas bagi aktiviti penyelidikan.
 *  Dokumen berkaitan projek dan surat pengesahan hendaklah disimpan sebagai rujukan.
 *  Kelulusan tertakluk kepada syarat dan ketetapan pihak berkuasa cukai.

  Rujukan Rasmi  ** Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia **

 Rujuk prosedur dan maklumat rasmi berkaitan permohonan potongan khas aktiviti penyelidikan
melalui portal HASiL.

 [ Portal Rasmi HASiL → ](https://www.hasil.gov.my/)

 !

###  Nota Penting

 Kelulusan potongan cukai, taksiran, syarat kelayakan dan prosedur cukai adalah 
tertakluk kepada peraturan serta keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.

 Maklumat Lanjut

##  Pertanyaan Berkaitan Potongan Cukai 2 Kali

 Untuk maklumat lanjut berkaitan penyelidikan, semakan proposal dan pengesahan kelayakan,
sila hubungi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM.

 ** Puan Nur Izyani Ahamad Azahari ** [ 03-8921 5027 ](https://research.ukm.my/tax-deduction/0389215027)
[ aktiviti_crim@ukm.edu.my ](https://research.ukm.my/tax-deduction/aktiviti_crim@ukm.edu.my)
