# Pindaan Syarat Permohonan Geran Penyelidikan Dana Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) Tahun 2020

- Link: https://research.ukm.my/pindaan-syarat-permohonan-geran-penyelidikan-dana-kementerian-pendidikan-malaysia-dp-kpm-tahun-2020/
- Published: 2020-02-03T10:29:24+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI),
Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuat pindaan berkaitan syarat permohonan untuk
Geran Penyelidikan Dana Penyelidikan KPM Tahun 2020 iaitu pihak BKPI bersetuju agar
tempoh perkhidmatan Ketua Penyelidik **MESTILAH** berbaki **sekurang-kurangnya SATU(
1) TAHUN **di institusi masing-masing. Pindaan syarat tempoh perkhidmatan ini terpakai
bagi permohonan **Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) sahaja**.

Justeru, pihak PTj/RMC dikehendaki memastikan bahawa setiap permohonan projek FRGS
yang dikemukakan ke Kementerian** MESTI **mempunyai **seorang (1) penyelidik bersama
yang mempunyai kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama** bagi menjamin 
kelangsungan serta keberhasilan projek tersebut.

Sehubungan dengan ini, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof. dipohon agar dapat memaklumkan
pindaan syarat ini kepada semua penyelidik di PTj masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof. berhubung perkara ini amatlah dihargai[/
vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
