<style id="elementor-post-17653">.elementor-17653 .elementor-element.elementor-element-488e2d80 > .elementor-element-populated{margin:0px 0px 0px 0px;--e-column-margin-right:0px;--e-column-margin-left:0px;padding:0rem 0rem 0rem 0rem;}.elementor-17653 .elementor-element.elementor-element-3a5a249{--spacer-size:50px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-17653 .elementor-element.elementor-element-5c5f08ae > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17653 .elementor-element.elementor-element-5c5f08ae{font-family:"Tahoma", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Permohonan Projek Kerjasama Antara Malaysia dan Republik Rakyat China Dalam Bidang Sains, Teknologi dan Inovasi

- Link: https://research.ukm.my/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/
- Published: 2021-12-05T15:20:11+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)** dengan kerjasama **Kerajaan
China** sedang menawarkan **permohonan projek Kerjasama Malaysia – China **dalam
bidang keutamaan berikut:

i.Public Health (including Vaccine research and development);

ii. Artificial Intelligence;
iii.ICT ( eg. Block chain and big data);iv.Space and
remote sensing technology.

Tempoh pembukaan permohonan adalah** **mulai **29 November 2021 hingga 21 Januari
2022.** Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan **mematuhi perkara-
perkara** berikut:

i. Meneliti Garis Panduan yang dilampirkan bersama ini.

ii. Memastikan Ketua projek bagi Malaysia dan China mengemukakan permohonan melalui
agensi di negara masing-masing. Bagi pihak China, pertanyaan berkaitan program ini
boleh menghubungi China Science and Technology Exchange Center seperti berikut:

Talian hotline : 0086-10-68598010

E-mel : [zfj@cstec.org.cn](https://research.ukm.my/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/zfj@cstec.org.cn)

iii. Mengisi Borang Permohonan seperti di Lampiran A dan mengemukakan kepada Sekretariat
Utama Projek Kerjasama Malaysia – China melalui 

e-mel : [my-chnsti@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/my-chnsti@mosti.gov.my)
dan disalinkan kepada Sekretariat Penyelidikan PTJ dan pegawai CRIM ([e-mel:psupp@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/e-mel%3Apsupp@ukm.edu.my))

(Nota: Mengisi Maklumat Penggunaan Sumber Biologi dan Pengetahuan Tradisional Bersama(
sekiranya berkaitan) pada Lampiran B dan mengemukakannya bersama-sama Borang Permohonan).

Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama pihak  YBhg.  Prof. Datuk/Dato’/Datin/Prof./
Dr.  agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti/Institut/Pusat masing-masing mengenai
pembukaan permohonan ini. 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak  YBhg.  Prof. Datuk/Dato’/Datin/
Prof./Dr.  boleh menghubungi Puan Nurliyana Shamimie binti Rusli, Bahagian Antarabangsa,
Kementerian Sains, Teknologi &  Inovasi (MOSTI) melalui talian telefon 03 8885 8546
atau e-mel: [shamimie@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/shamimie@mosti.gov.my)

 **Permohonan Projek Kerjasama Antara Malaysia dan Republik Rakyat China Dalam Bidang
Sains, Teknologi dan Inovasi** | Muat Turun / _Download_ 5893 | Kemaskini / _update_
06/12/2021

2 files

Lampiran A.docx

41.39 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/?wpdmdl=17672&ind=1638775018572&refresh=17a3bca8&filename=Lampiran-A.docx)

Lampiran 1.pdf

49.12 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/permohonan-projek-kerjasama-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china-dalam-bidang-sains-teknologi-dan-inovasi/?wpdmdl=17672&ind=1638775017160&refresh=17a3c00a&filename=Lampiran-1.pdf)
