<style id="elementor-post-21195">.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Permohonan Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS)

- Link: https://research.ukm.my/permohonan-geran-universiti-tematik-strategik-guts/
- Published: 2026-05-15T01:19:03+08:00
- Author: Webmaster CRIM

# Pembukaan Permohonan Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) Tahun 2026

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
akan membuka permohonan **Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) Tahun 2026**.

GUTS diwujudkan sebagai mekanisme pembiayaan penyelidikan strategik universiti yang
berimpak tinggi serta sejajar dengan lima tujahan utama dalam **Pelan Strategik 
TEKAD 57 UKM Tahun 2026–2030** bagi memperkasakan Universiti Kebangsaan Malaysia(
UKM) sebagai Universiti Penyelidikan. Skim geran ini menggunakan pendekatan penyelidikan
programatik berteraskan konsep _Transdisciplinary Research Grant Scheme (TRGS)_ 
Kementerian Pendidikan Tinggi.

###  Tarikh-Tarikh Penting

 *  Tarikh Buka: 15 Mei 2026 (Jumaat)
 *  Tarikh Tutup: 14 Jun 2026 (Ahad)
 *  Tarikh Akhir Serahan: 15 Jun 2026 (Isnin) - Oleh Ketua Program

###  Dokumen & Muat Turun

Permohonan pada Tahun 2026 adalah secara manual. Sila muat turun dan rujuk dokumen
seperti Garis Panduan, Jadual Kerja, Borang Permohonan, Borang Belanjawan, Senarai
Semak dan Contoh LoI melalui pautan di bawah:

 [  Muat Turun Dokumen ](https://bit.ly/4tB3EB8) [  Poster Hebahan ](https://drive.google.com/file/d/11e5eX3Tr-Yr7toFl_YRMbUWwiSaU09bS/view?usp=drive_link)

###  Penghantaran Permohonan

Penghantaran dokumen permohonan GUTS yang lengkap oleh pemohon (ketua program) hendaklah
dimuat naik ke dalam Google Form berikut:

 [  Borang Penghantaran GUTS 2026 ](https://forms.gle/pbbZPZ3pSzLyH22Z6)

###  Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak penyelidik boleh menghubungi pegawai
kami:

Puan Siti Noraida Sood

Pegawai Penyelidik Q48
Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

 03-8921 5631

Puan Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir

Penolong Pendaftar
 

 03-8921 4679
