<style id="elementor-post-16083">.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-701b1231{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7b458135 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-22edeb6b .elementor-heading-title{font-size:14px;}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item:not(:last-child):after{border-color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon i{color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon svg{fill:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > a{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-text{color:var( --e-global-color-secondary );}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c .elementor-icon-list-icon i{transition:color 0.3s;}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c .elementor-icon-list-icon svg{transition:fill 0.3s;}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c{--e-icon-list-icon-size:14px;--icon-vertical-offset:0px;}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c .elementor-icon-list-item > a{font-size:14px;}.elementor-16083 .elementor-element.elementor-element-7baa283c .elementor-icon-list-text{color:#28B5F0;transition:color 0.3s;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Penggunaan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Edisi Kedua)

- Link: https://research.ukm.my/penggunaan-dokumen-tadbir-urus-dana-penyelidikan-kementerian-pendidikan-malaysia-edisi-kedua/
- Published: 2020-03-03T09:07:53+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan
dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) untuk
dijadikan sebagai **rujukan dan panduan **berhubung tatacara pengurusan geran penyelidikan
di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia(
KPM).

Sebagai makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr. juga, dokumen tadbir urus ini perlulah
dirujuk bersekali dengan Garis Panduan Skim  Geran Penyelidikan JPT. Dokumen tadbir
urus ini menerangkan secara jelas mengenai perkara-perkara seperti berikut:

3.1. Pengurusan Projek Penyelidikan
3.2. Pengurusan Kewangan dan Perolehan3.3. Pemantauan
Projek Penyelidikan3.4. Peranan dan Tanggungjawab3.5. Integriti dan Etika Penyelidikan

Taklimat mengenai penggunaan Dokumen Tadbir Urus DP KPM Edisi Kedua ini telah diberikan
kepada semua Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Urusetia Penyelidikan PTj 
dan wakil Zon Kewangan PTj pada 7 Februari 2020. Beberapa perkara penting yang perlu
diberi perhatian oleh YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr. berkenaan pindaan perkara utama
dalam dokumen tadbir urus ini adalah seperti berikut:

4.1. Penggunaan peruntukan bagi tuntutan perbelanjaan **dalam tempoh tiga (3) bulan
dari tarikh tamat projek** adalah **tidak dibenarkan**. Walau bagaimanapun, pengecualian
khusus diberi kepada projek-projek penyelidikan yang akan tamat sebelum atau pada
31 Mac 2020. Projek-projek penyelidikan yang terlibat boleh memohon pelanjutan tempoh
projek maksimum tiga (3) bulan untuk menyelesaikan tuntutan yang berkaitan. 

4.2. Tempoh lantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) atau pelajar yang dikira
sebagai KPI modal insan geran adalah ditetapkan **minimum dua belas (12) bulan**.
Ini berkuatkuasa bagi projek-projek penyelidikan yang diluluskan pada **tahun 2018
dan ke atas**.

4.3. Artikel dalam jurnal terindeks yang dikira sebagai KPI penerbitan geran perlu
berstatus **‘published’** atau sekurang-kurangnya telah **mempunyai DOI** adalah
berkuatkuasa bagi semua projek penyelidikan yang sedang berjalan (on-going). 

4.4. Pembelian atau perolehan aset, bekalan dan perkhidmatan hanya dibenarkan sekiranya
telah diluluskan dan dinyatakan dalam proposal yang diluluskan. Walau bagaimanapun,**
pembelian aset tidak dibenarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat asal
projek. **Pindah peruntukan ke institusi lain untuk pembelian aset adalah tidak 
dibenarkan.

4.5. **Tidak dibenarkan menggunakan peruntukan melebihi kelulusan setiap vot.** 
Perbelanjaan hanya oleh dibuat setelah pindah vot diluluskan RMC/JPT. Pindah peruntukan
hanya dibenarkan **sekali setahun** bagi setiap projek dan pindah peruntukan yang
dibenarkan adalah **tidak melebihi 50% dari jumlah kelulusan asal setiap vot.**

4.6. Penambahan perkara baharu sebelum pindaan proposal disahkan oleh RMC/JPT adalah
tidak dibenarkan.** **

Melalui dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP
KPM) Edisi Kedua ini, pihak CRIM berharap agar pengurusan geran penyelidikan DP 
KPM dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan berkesan serta mematuhi prosedur
dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh JPT, KPM dan juga UKM. Penggunaan Tadbir
Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) Edisi Kedua ini 
di peringkat UKM adalah **berkuatkuasa mulai 24 Februari 2020**.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr. dalam memaklumkan perkara
ini dan mengadakan sesi penerangan kepada semua penyelidik di PTj masing-masing 
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

 *  [    Surat Pemakluman ](https://rebrand.ly/34c9c)
 *  [    Dokumen Tadbir Urus ](https://rebrand.ly/a57d7)
