<style id="elementor-post-407">:root{--page-title-display:none;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Penafian

- Link: https://research.ukm.my/penafian/
- Published: 2014-03-13T16:43:59+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Makluman & Tanggungjawab

#  Penafian

 Makluman berkenaan ketepatan maklumat, perubahan kandungan, pautan pihak ketiga
serta penggunaan bahan yang dimuat turun melalui laman web CRIM.

## Penafian

 Setiap maklumat yang terkandung di laman web Pusat Pengurusan Penyelidikan dan 
Instrumentasi (CRIM) adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang
dipaparkan di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa 
ke semasa. CRIM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkaitan ketepatan
maklumat yang dipaparkan.

 Pihak CRIM berhak membuat sebarang perubahan terhadap maklumat, kandungan atau 
bahan yang terdapat di laman web ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

 Sesetengah maklumat mungkin mengandungi pautan daripada pihak ketiga. CRIM tidak
bertanggungjawab terhadap ketepatan, kandungan atau sebarang perkara lain yang berkaitan
dengan pautan-pautan tersebut.

 Maklumat yang disediakan untuk dimuat turun adalah diusahakan agar bebas daripada
sebarang virus. Namun begitu, CRIM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan,
kehilangan data atau masalah teknikal yang berlaku akibat jangkitan virus atau penggunaan
bahan yang dimuat turun daripada laman web ini.

### Ketepatan Maklumat

Maklumat dipaparkan dengan usaha terbaik agar tepat dan terkini, namun ia boleh 
dikemas kini atau ditarik semula mengikut keperluan.

### Pautan Pihak Ketiga

CRIM tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan atau dasar yang digunakan
oleh laman web pihak ketiga.

### Bahan Muat Turun

Pengguna digalakkan memastikan peranti dan pelayar web mempunyai perlindungan keselamatan
yang bersesuaian sebelum memuat turun bahan.

 Penafian ini bertujuan menjelaskan had tanggungjawab CRIM terhadap maklumat, pautan
luar dan bahan yang disediakan melalui laman web rasmi ini.
