# Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan TRGS Fasa 1/2019 & LRGS Fasa 1/2019

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-skim-geran-penyelidikan-trgs-fasa-1-2019-lrgs-fasa-1-2019/
- Published: 2019-03-06T14:17:19+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”13615″ img_size=”full”][vc_column_text]**
Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM)** di bawah**
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari(
TRGS) Fasa 1/2019 telah dibuka** kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan
Universiti Swasta mulai **1 Mac 2019**. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara
atas talian menggunakan sistem MyGRANTS yang boleh diakses di pautan **[https://mygrants.gov.my](https://mygrants.gov.my)**.

Permohonan Geran LRGS dan TRGS Fasa 1/2019 dibuka berdasarkan **dua belas (12) Call
for Proposals** seperti di lampiran.

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

i. Permohonan di bawah Geran LRGS hendaklah **melibatkan sekurang-kurangnya tiga(
3) universiti tempatan dan mestilah bersifat antara disiplin (interdisciplinary)**;
ii. Permohonan di bawah Geran TRGS hendaklah **melibatkan sekurang-kurangnya tiga(
3) projek di bawah domain yang berbeza dari universiti yang sama**; iii. **Penyelidik
boleh mengemukakan maksimum dua (2) permohonan (kertas konsep) sebagai Ketua Program/
Ketua Projek bagi geran LRGS dan/atau TRGS Fasa 1/2019**. **Walau bagaimanapun, 
penyelidik adalah tidak dibenarkan untuk mengemukakan kertas cadangan penyelidikan(
proposal) yang sama bagi kedua-dua skim geran penyelidikan tersebut**. iv. **Jumlah
peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati ketetapan** berikut: a) Siling
permohonan LRGS adalah RM3,000,000.00 setahun bagi tempoh tiga (3) hingga lima (
5) tahun penyelidikan; b) Siling permohonan TRGS adalah RM1,500,000.00 (tahun pertama
tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan) bagi tempoh tiga (3) tahun penyelidikan.
v. Kertas cadangan penyelidikan **perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut Garis Panduan Geran LRGS dan TRGS Pindaan Tahun 2019 dan Tadbir Urus
yang berkuat kuasa**.

Maklumat pembukaan geran adalah seperti di lampiran. Pihak F/I/P adalah **diingatkan
untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan**.
Pihak CRIM **berhak menolak permohonan sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat**.
Tarikh akhir penghantaran permohonan secara atas talian MyGRANTS adalah pada **8
April 2019, selewat-lewatnya jam 11.59 malam**.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai di CRIM (Puan
Siti Noraida, emel: ctaida@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Lampiran](https://goo.gl/VqsQXL)
    - [Jadual Kerja](https://goo.gl/t2Bdgq)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
