<style id="elementor-post-19148">.elementor-19148 .elementor-element.elementor-element-4fba57b7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-19148 .elementor-element.elementor-element-5a76b946 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-19148 .elementor-element.elementor-element-5a76b946{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-19148 .elementor-element.elementor-element-c71282c{text-align:start;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) 2023

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-pusat-kecemerlangan-pendidikan-tinggi-hicoe-2023/
- Published: 2023-04-18T13:24:07+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) **telah membuka permohonan Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi tahun 2023 kepada CoE yang yang berkelayakan bagi**
memacu kecemerlangan penyelidikan serta perkhidmatan dan seterusnya menjadi pakar
rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.**

Permohonan HICoE bagi Teras Penyelidikan dan lnovasi, dan Teras Perkhidmatan akan
dibuka bermula dari **17 April 2023 sehingga 31 Mei 2023 berdasarkan kepada 14 bidang
nic **seperti berikut:  

 1.  Makanan (Food)
 2.   Tenaga (Energy)
 3.  Tanaman Perladangan (Plantation Crops)
 4.  Keselamatan Siber (Cyber Security)
 5.   Air (Water)
 6.   Biodiversiti (Biodiversity)
 7.  Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
 8.   Persekitaran dan Perubahan lklim (Environment and Climate Change)
 9.  Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)
 10. Pendidikan (Education)
 11. Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services)
 12. Budaya dan Industri Kreatif (Creative Culture and Industry)
 13. Teknologi dan Sistem Pintar (Smart Technology and System)
 14. Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan (Knowledge and Discovery of Frontiers)

Maklumat dan dokumentasi berkaitan permohonan HICoE boleh dimuat turun melalui pautan
berikut: [https://rb.gy/0pqtq](https://rb.gy/0pqtq) bermula pada **17 April 2023(
Isnin)**. Permohonan tersebut hendaklah dihantar secara softcopy ke emel **Pengarah,
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi **,) dan selewat-lewatnya pada **
16 Mei 2023 (Selasa), jam 12.00 tengah hari.**

Satu **taklimat akan diadakan mengenai permohonan** ini oleh YBhg. Prof. Dr. Che
Hassan Che Haron, Task Force HiCOE KPT, Peneraju bagi Kluster Teknologi Digital 
dan Keterhadapan UKM pada **2 Mei 2023 (Selasa), jam 8.45 – 11 pagi** secara atas
talian Cisco Webex seperti berikut: [bit.ly/3KOgkAa](http://bit.ly/3KOgkAa) (Meeting
number: 2642 609 9106 | Password: 7855#11)

Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./
Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan ini kepada CoE dan
kumpulan penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/
Puan boleh menghubungi pegawai di CRIM, **Puan Norzamzurina Binti Ismail **) atau**
Encik Mohd Asraf Bin Mohamad Farid**).

![Poster Permohonan HICoE 2023](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2023/
04/Poster-Permohonan-HICoE-2023-400x566.jpeg "Poster Permohonan HICoE 2023")
