<style id="elementor-post-19522">.elementor-19522 .elementor-element.elementor-element-4fba57b7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-19522 .elementor-element.elementor-element-5a76b946 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-19522 .elementor-element.elementor-element-5a76b946{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Kajian Jangka Pendek Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan & Inovasi (R&D&C&I), Kementerian Ekonomi Tahun 2023

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-pusat-kecemerlangan-pendidikan-tinggi-hicoe-2023-2/
- Published: 2023-06-23T09:37:11+08:00
- Author: Webmaster CRIM

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.  Sukacita disampaikan maklumat lanjut berkenaan tawaran geran tersebut di atas
untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/
Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

3.   Garis panduan kajian adalah seperti di bawah (juga boleh dirujuk pada pautan
[bit.ly/3JsZbwf](http://bit.ly/3JsZbwf)): 

▶️ Peruntukan bagi menjalankan kajian jangka pendek disalurkan secara pindah peruntukan
kepada IPTA yang diperaku oleh Jawatankuasa Kajian Jangka Pendek (JKJP) R&D&C&I 
untuk dilantik sebagai perunding kajian.

▶️ Nilai kajian adalah tetap sepanjang pelaksanaan projek sehingga projek siap.

▶️ Jangka masa kajian adalah antara 3 hingga 6 bulan sahaja.

▶️ Penetapan nilai kajian adalah bersama butiran kos.

▶️ Kajian boleh terdiri daripada kuantitatif atau kualitatif.

▶️ Penerbitan sebarang hasil kajian mestilah dilaksanakan setelah mendapat kelulusan
daripada pemilik data iaitu Kementerian Ekonomi

4.   Mohon perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan mengenai
maklumat penting seperti di bawah:

▶️ Penyediaan proposal adalah menggunakan format yang telah disediakan (rujuk pada
pautan [bit.ly/3JsZbwf](http://bit.ly/3JsZbwf))

▶️ Tarikh tutup permohonan adalah pada** 30 Jun 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang**.

▶️ Permohonan boleh dihantar melalui emel kepada **khairil.yahaya@epu.gov.my** dan**
naglaa.isamail@epu.gov.my**

▶️ Permohonan perlu disalinkan kepada CRIM (**ctaida@ukm.edu.my**) untuk rekod.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung
perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

![R&D&C&I-KEMENTERIAN EKONOMI TAHUN 2023-web](https://research.ukm.my/wp-content/
uploads/2023/06/RDCI-KEMENTERIAN-EKONOMI-TAHUN-2023-web-400x566.png "R&D&C&I-KEMENTERIAN
EKONOMI TAHUN 2023-web")
