# Pembukaan Permohonan Program Kolaborasi Antarabangsa Malaysia Research University Network (MRUN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-program-kolaborasi-antarabangsa-malaysia-research-university-network-mrun-universiti-kebangsaan-malaysia-ukm/
- Published: 2019-04-22T11:59:20+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Malaysia Research University Network (MRUN)**
telah menyalurkan sejumlah dana kepada setiap Universiti Penyelidikan (UP) sebagai**
inisiatif untuk meningkatkan aktiviti jaringan kerjasama UP dengan negara-negara
Asia Timur**. Lanjutan Bengkel Penyediaan Pelan Promosi MRUN yang diadakan pada 
16 Februari 2019 di Hotel Capri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa kerja MRUN **telah bersetuju
UKM penyelaras kolaborasi dengan negara Taiwan dalam bidang _Sustainable Economy_**.

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)** mempelawa staf akademik
yang berminat untuk memohon dana ini dengan **mengemukakan kertas kerja seperti 
format di Lampiran 1**. Borang permohonan yang lengkap hendaklah **disokong oleh
Dekan/Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTJ)** dan **dihantar ke CRIM sebanyak dua (
2) salinan**. **Semua permohonan akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa
Tadbir Tabung Kolaborasi Antarabangsa MRUN UKM**.

**Tarikh tutup** permohonan yang diketuai oleh staf akademik UKM untuk** fasa pertama
ialah pada 14 Jun 2019** dan sekiranya peruntukan masih berbaki hebahan semula akan
dibuat. Manakala bagi permohonan yang diketuai oleh staf akademik UP lain, permohonan
akan dibuka sepanjang masa dan tertakluk kepada baki peruntukan yang ada. Bersama-
sama ini disampaikan Garis Panduan Program Kolaborasi Antarabangsa MRUN UKM untuk
rujukan dan panduan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul
Halim di talian 03-89214679 atau Cik Norzahira Binti Ramli di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Surat Hebahan](http://bit.ly/2IBKWr8)
    - [Lampiran 1 – Format Kertas Kerja](http://bit.ly/2GsdHTK)
    - [Garis Panduan](http://bit.ly/2UMEynB)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
