<style id="elementor-post-17515">.elementor-17515 .elementor-element.elementor-element-377ab1e7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-17515 .elementor-element.elementor-element-4c2f30e8 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17515 .elementor-element.elementor-element-4c2f30e8{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral Menggunakan Dana Modal Insan Fasa 2/2021  – Warganegara dan Bukan Warganegara (Berada di Malaysia)

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-penyelidik-pasca-doktoral-menggunakan-dana-modal-insan-fasa-2-2021-warganegara-dan-bukan-warganegara-berada-di-malaysia/
- Published: 2021-09-01T15:02:50+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)** akan membuka **permohonan Penyelidik Pasca
Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi fasa kedua tahun 2021** yang terbuka 
kepada **calon warganegara dan bukan warganegara (berada di Malaysia)**.

Bersama – sama ini disampaikan beberapa dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan.

 1. a) Lampiran A – Dasar Penyelidik Pasca Doktoral (Pindaan 2021) : [https://bit.ly/3zyktl9](https://bit.ly/3zyktl9)
 2. b) Lampiran B – Borang Permohonan / Pelanjutan Penyelidik Pasca Doktoral (Kuat 
    kuasa : 1 September 2021) : [https://bit.ly/3zLtEyw](https://bit.ly/3zLtEyw)
 3. c) Lampiran C – Jadual Kerja Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral : [https://bit.ly/3Bp0lCq](https://bit.ly/3Bp0lCq)

Justeru, calon yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan adalah dimohon agar dapat
mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada CRIM** mengikut prosedur sedia
ada **dan menghantar dokumen tersebut melalui pautan ([https://forms.gle/oARpfLrE4TxXs23X8](https://forms.gle/oARpfLrE4TxXs23X8))
dan** satu salinan keras **perlu dimajukan ke CRIM sebelum atau pada **30 September
2021**. Dokumen yang dimajukan boleh diimbas (scan) dan diubah ke format PDF dan
tandatangan digital adalah dibenarkan**.**

Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung / Datuk / Dato’ / Prof./
Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing–
masing.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui No. Telefon : 03 – 8921 5112
atau emel : nurizyani@ukm.edu.my.
