<style id="elementor-post-20401">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Penubuhan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Tahun 2025

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-penubuhan-konsortium-kecemerlangan-penyelidikan-kkp-tahun-2025/
- Published: 2025-03-07T11:57:03+08:00
- Author: Webmaster CRIM

 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan
    Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuka permohonan KKP tahun 2025. 
    Permohonan dibuka **bagi tempoh 3 Mac hingga 3 April 2025 (Rujuk Jadual Kerja CRIM).**

 3. Sebagaimana yang dimaklumi tujuan penubuhan KKP sebagaimana yang dinyatakan oleh
    pihak KPT adalah:

 * Menggalakkan CoE ke arah penarafan sebagai HICoE
 * Menjadi Pakar Rujuk (Referral Point) dalam bidang keutamaan berfokus
 * Penggemblengan modal insan tersohor dan perkongsian sumber dalam bidang nic berfokus
 * Penyelidikan bersepadu, bermutu dan dimanfaatkan bersama untuk kepentingan negara,
   akademik, industri, masyarakat dan persekitaran

 4. Justeru itu, CRIM mengalu-alukan semua penyelidik yang berminat untuk mengemukakan
    permohonan KKP ini. Permohonan yang dikemukakan perlulah mengikut semua syarat-
    syarat permohonan yang ditetapkan oleh KPT.

 5. Bersama-sama ini disampaikan dokumen berkaitan permohonan untuk perhatian dan rujukan
    YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan, sebagaimana berikut:

 * Jadual Kerja Permohonan Penubuhan KKP
 * Garis Panduan Permohonan Penubuhan KKP **Tahun 2024**.
 * Kaedah Permohonan KKP
 * Borang A KKP
 * Borang B KKP

 6. Kerjasama semua pihak dipohon agar semua **borang permohonan yang telah dilengkapkan
    dapat dimajukan kepada CRIM pada 19 Mac 2025 (Rabu), selewat-lewatnya pukul 4.00
    petang. **Sukacita pihak CRIM juga menarik perhatian semua agar permohonan yang
    dikemukakan perlulah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Garis 
    Panduan Permohonan Penubuhan KKP Tahun 2024 dan Kaedah Permohonan KKP seperti yang
    ditetapkan oleh KPT.

 7. Bagi tujuan pertanyaan dan komunikasi lanjut berkaitan permohonan, pegawai berikut
    boleh dihubungi oleh pihak pemohon:

Ts. Dr. Hasimi Bin Sallehudin
Timbalan Pengarah (Strategik dan Pembangunan)Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)e-mel: tpscrim@ukm.edu.my  |  Tel:
03-89216729

Encik Mohd Asraf Mohamad Farid
Penolong PendaftarPusat Pengurusan Penyelidikan dan
Instrumentasi (CRIM)e-mel: asraf@ukm.edu.my  |  Tel: 03-89214455

 8. Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/
    Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada ahli di PTJ masing-masing. Kerjasama
    YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini kami dahului dengan
    ucapan terima kasih.

Sekian.

![KKP 2025-2](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2025/03/KKP-2025-2-400x566.
png "KKP 2025-2")
