# Pembukaan Permohonan Malaysia-Spain Joint Programme – Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-malaysia-spain-joint-programme-malaysia-spain-innovating-programme-mysip-tahun-2019/
- Published: 2019-10-29T23:17:24+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)** melalui**
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)** dengan kerjasama **Malaysian Industry Government
Group for High Technology (MIGHT)** dan **The Centre for the Development of Industrial
Technology, E.P.E. (CDTI)** telah bersetuju untuk melaksanakan **_Malaysia-Spain
Joint Programme – Malaysia-Spain Innovating Programme_ (MySIP) Tahun 2019** di bawah
inisiatif MyPAiR.

Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi
dalam bidang-bidang berikut:

(i) Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
 (ii) Knowledge-based
Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan); dan (iii) Advanced Manufacturing
and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju).

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dicapai melalui https://www.might.org.my/
might-cdti-1st-call-for-proposals-under-mysip-malaysia-spain-innovating-programme/.
Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan
kriteria permohonan dengan mengambil kira perkara berikut :

(i) **Permohonan perlu disediakan secara bersama** dengan penyelidik bersama menggunakan
templet permohonan yang disediakan;
 (ii) Permohonan yang disediakan **perlu dikemukakan
oleh Penyelidik Utama daripada Malaysia melalui CRIM. Permohonan yang sama juga 
perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama Sepanyol melalui laman web CDTI;** (iii)
Permohonan peruntukan perlu **diperaku oleh CRIM** sebelum dimajukan kepada KPM.
Walau bagaimanapun, **penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan**.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti berikut:
 a) Surat rasmi Fakulti/Institut/
Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan. b) Borang Permohonan: 1 salinan lembut(
softcopy) dalam format pdf (Urus setia F/I/P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1
salinan keras (hardcopy). c) Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (
softcopy) dalam format excel dan mengikut templet yang diberikan (Urus setia F/I/
P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).

Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan 
Instrumentasi (CRIM) melalui Sektetariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat **selewat-
lewatnya pada 16 Mac 2020 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah**.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian
03-89214679 atau pegawai KPM, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870
6959 (emel : sfazlina.msani@moe.gov.my) atau Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani
di talian 03 – 8870 6969 ext. 4584 (emel : amira.zailani@moe.gov.my).[/vc_column_text][/
vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_single_image image=”15759″
img_size=”large”][/vc_column][vc_column width=”1/2″][vc_raw_html]JTVCd3BkbV9wYWNrYWdlJTIwaWQlM0QlMjcxNTc2MSUyNyU1RA
==[/vc_raw_html][/vc_column][/vc_row]
