# Pembukaan Permohonan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) France-malaysia Fasa 1/2020

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-hubert-curien-partnership-hibiscus-phc-hibiscus-france-malaysia-fasa-1-2020-tarikh-tutup28-januari-2020/
- Published: 2019-12-09T08:36:35+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)** melalui**
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)** dengan kerjasama **Ministry of Europe and Foreign
Affairs (MEAE)** dan **Ministry of National Education, Higher Education and Research(
MESRI) Perancis** telah bersetuju untuk melaksanakan _Hubert Curien Partnership –
Hibiscus (PHC-Hibiscus)_ Fasa Pertama tahun 2020 di bawah program MyPAIR.

Permohonan dibuka **mulai 3 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020** melalui **Malaysia
Greater Research Network Systems (MyGRANTS)**. Penyelidik yang berminat boleh **
mengambil perhatian** dan tindakan berikut :

(i) Permohonan perlu diisi **dalam Bahasa Inggeris**;
 (ii) Penyelidik perlu **memasukkan
senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan** yang dikemukakan; (iii)**
Membaca dan mematuhi syarat permohonan dan peraturan kewangan** (Rujuk Garis Panduan
Permohonan PHC-Hibiscus France – Malaysia yang dilampirkan); (iv) Mengambil maklum
bahawa permohonan daripada Penyelidik Utama Perancis perlu dikemukakan melalui Campus
France. Hanya permohonan yang diterima daripada kedua-dua Penyelidik Utama Malaysia
dan Perancis akan dibawa ke peringkat penilaian selanjutnya. (v) Mengemukakan permohonan
melalui MyGRANTS sebelum atau pada **28 Januari 2020 (Selasa)** untuk tujuan semakan
dan perakuan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).

Maklumat lanjut bagi penyelidik Perancis boleh dilayari melalui pautan [https://www.campusfrance.org/fr/hibiscus](https://www.campusfrance.org/fr/hibiscus).
Tarikh tutup permohonan pada **28 Januari 2020 (Selasa)**.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura
binti Abdul Halim ditalian 03-89214679.
 [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][
vc_row][vc_column][TS-VCSC-IFrame content_iframe=”https://research.ukm.my/wp-content/
uploads/2019/12/Guideline-PHC-Hibiscus-1-2020.pdf”][/vc_column][/vc_row]
