# Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Dibawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-dibawah-dana-universiti-penyelidikan-up-tahun-2019/
- Published: 2019-05-24T11:04:26+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka
permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi tahun
2019 bagi **Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Universiti Penyelidikan (
GUP) dan Dana Impak Perdana (DIP) mulai 16 Mei 2019 (Khamis) sehingga 15 Julai 2019(
Isnin)**.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Maklumat
Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan [https://appsmu.ukm.my/smpu/](https://appsmu.ukm.my/smpu/)

Bagi menggalakkan penyelidik muda merintis peluang dan menjalankan penyelidikan,
agihan geran UP akan di beri mengikut peratusan skim jawatan seperti jadual dibawah:

  |  **Geran** |  **Skim Jawatan** |  **Peratus agihan (%)** |  
 |  GGPM |  DS51 |  100 |  
 |  GUP |  Profesor |  20 |  
 |  Profesor  Madya |  30 |  
 |  DS51/52 ke bawah |  50 |  
 |  DIP |  Profesor |  50 |  
 |  Profesor  Madya |  30 |  
 |  DS51/52 ke bawah |  20 |

**Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:**
(
i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang **menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
serta mengikut Garis Panduan setiap geran penyelidikan**. Sila rujuk di web CRIM
[https://research.ukm.my/muat-turun/](https://research.ukm.my/muat-turun/) (ii) 
Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon **tidak boleh melebihi siling
yang ditetapkan**. (iii) Setiap pemohon hanya **dibenarkan mengemukakan satu (1)
permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP bagi tempoh pembukaan ini**; (iv) Bagi pemohon
yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif, mereka dibenarkan membuat 
permohonan baharu di bawah geran yang sama jika **tahap selesai projek adalah pada
kadar 75%**. (v) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan
dibawah Dana UP **perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui
Sistem maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU)**. (vi) Permohonan yang **tidak melalui
proses saringan dan pemurnian tidak akan dipertimbangkan** untuk penilaian peringkat
UKM. Bukti saringan dan pemurnian perlu dihantar kepada CRIM.

**Tarikh akhir penghantaran** permohonan secara atas talian SMPU oleh pihak Sekretariat
Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah pada **15 Julai 2019, selewat-lewatnya
jam 11.59 malam**. Permohonan yang telah dihantar secara atas talian **perlulah 
dicetak dan dihantar ke CRIM sebanyak satu (1) salinan selewat-lewatnya pada jam
12.00 tengah hari, 17 Julai 2019 (Rabu)**. Pihak Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut
tempoh masa yang ditetapkan. Pihak CRIM berhak menolak permohonan sekiranya gagal
mematuhi mana-mana syarat.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./tuan/puan
boleh menghubungi pegawai CRIM, Cik Norzahira binti Ramli di talian 03-89214392 
atau Puan Syafura binti Abdul Halim di talian 03-89214679.

[/vc_column_text][vc_raw_html]JTVCc3VfZG9jdW1lbnQlMjB1cmwlM0QlMjJodHRwJTNBJTJGJTJGcmVzZWFyY2gudWttLm15JTJGd3AtY29udGVudCUyRnVwbG9hZHMlMkYyMDE5JTJGMDUlMkZVS00tU1BLUC1DUklNLVBLMDEtTDA2LUphZHVhbC1LZXJqYS1QZXJtb2hvbmFuLURhbmEtVVAtMjAxOS5wZGYlMjIlMjB3aWR0aCUzRCUyMjIwMCUyMiUyMGhlaWdodCUzRCUyMjMwMCUyMiU1RCUwQSU1QnN1X2xpc3QlMjBpY29uJTNEJTIyaWNvbiUzQSUyMGNsb3VkLWRvd25sb2FkJTIyJTIwaWNvbl9jb2xvciUzRCUyMiUyM2Q0MjEwMCUyMiU1RCUwQQ
==[/vc_raw_html][/vc_column][/vc_row]
