<style id="elementor-post-16091">.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-78a75bb1{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-5936016f > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-5093f5b > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-7ee98ad8 .elementor-heading-title{font-size:14px;}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item:not(:last-child):after{border-color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon i{color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon svg{fill:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > a{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-text{color:var( --e-global-color-secondary );}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436 .elementor-icon-list-icon i{transition:color 0.3s;}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436 .elementor-icon-list-icon svg{transition:fill 0.3s;}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436{--e-icon-list-icon-size:14px;--icon-vertical-offset:0px;}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436 .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436 .elementor-icon-list-item > a{font-size:14px;}.elementor-16091 .elementor-element.elementor-element-19e99436 .elementor-icon-list-text{color:#28B5F0;transition:color 0.3s;}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2020

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-di-bawah-dana-universiti-penyelidikanup-tahun-2020/
- Published: 2020-03-06T10:49:23+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)** akan membuka permohonan
geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2020 seperti
berikut :
 (i) Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP). (ii) Geran galakan
Penyelidik Muda (GGPM). (iii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP). (iv) Dana Impak
Perdana (DIP).  Permohonan ini dibuka mulai 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga 21 April
2020 (Selasa). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan
Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://
appsmu.ukm.my/smpu/ Agihan kelulusan geran UP akan diberi mengikut peratusan skim
jawatan seperti berikut :

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM [https://research.ukm.my/muat-turun/](https://research.ukm.my/muat-turun/)

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon **tidak melebihi siling 
yang ditetapkan.** 

(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan **satu (1) permohonan sahaja**
sama ada GGPM/GUP/DIP/GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek
dengan menggunakan website [http://lens.org/](http://lens.org/). 

(v) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/
lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan
dilaksanakan.

(vi) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan
membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah
pada kadar 75%. (Bukti adalah dari laporan kewangan projek sehingga 21 April 2020).
Pegawai  P&P yang sedang mengetuai geran GGPP yang masih aktif tidak layak memohon
GGPP bagi tempoh pembukaan ini.

(vii) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah
Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

(viii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat.
Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKP-CRIM-
PK01-BO014:Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan(
UP). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/
pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan dana, poster taklimat permohonan
dana dan Jadual Kerja Permohonan Dana Universiti Penyelidikan untuk makluman dan
rujukan. Garis panduan permohonan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan  boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim 
di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

 *  [    Jadual Kerja Permohonan ](http://bit.ly/3atWdDK)

![](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/03/Pembukaan-Geran-2020-01-scaled.jpg)
