<style id="elementor-post-17232">.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-6e1d888{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-3d6858e > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-3d6858e{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-38c65cf > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-38c65cf{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-ceda396{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}@media(min-width:768px){.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-6414e719{width:57.122%;}.elementor-17232 .elementor-element.elementor-element-165eae8{width:42.878%;}}</style># Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2021

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-di-bawah-dana-universiti-penyelidikan-up-tahun-2021/
- Published: 2021-03-12T11:46:14+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)** akan membuka **permohonan
geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2021** 
seperti berikut :

(i)  Dana Impak Perdana (DIP).

(ii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

(iii) Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM)

Permohonan ini akan **dibuka mulai 15 Mac 2021 (Isnin) sehingga 26 April 2021 (Isnin)**.
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat
Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan [https://appsmu.ukm.my/smpu/](https://appsmu.ukm.my/smpu/)

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM [https://research.ukm.my/muat-turun](https://research.ukm.my/muat-turun)

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon** tidak melebihi siling 
yang ditetapkan**.

(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan **satu (1) permohonan sahaja **
sama ada DIP/GUP/GGPM bagi tempoh pembukaan ini.                     

(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek
dengan menggunakan website [http://lens.org/](http://lens.org/).                

(v) Pemohon perlu mengenal pasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/
lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi  berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan
dilaksanakan.

(vi) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan
membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika **tahap selesai projek adalah
pada kadar 75% dan ke atas**.

(vii) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah
Dana UP perlu **memastikan semua laporan  akhir projek telah dihantar melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU)**.

(viii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat.
Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan **UKM-SPKP-
CRIM-PK01-BO014:Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan(
UP).** Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/
pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di
talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.

**Sila klik dibawah untuk muat turun:-**

 1. Jadual Kerja Permohonan: [**http://bit.ly/3qGlvGz**](http://bit.ly/3qGlvGz)
 2. Garis Panduan (pindaan Tahun 2021): [**http://bit.ly/3l9rGS7**](http://bit.ly/3l9rGS7)
 3. Senarai Semak & Borang Penilaian: [**http://bit.ly/3evwPmd**](http://bit.ly/3evwPmd)
 4. Borang-borang Yang Berkaitan: [**http://bit.ly/30xGII0**](http://bit.ly/30xGII0)

![](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2021/03/POSTER-PEMBUKAAN-DIP-GUP-
GGPM-2021-724x1024.jpg)
