# Pembukaan Permohonan Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-geran-galakan-pengurusan-profesional-ggpp-tahun-2019/
- Published: 2019-07-03T01:05:48+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 
5/2019** bertarikh 16 April 2019 telah **meluluskan satu agihan geran baharu iaitu
Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP)** menggunakan agihan Dana Universiti
Penyelidikan (UP). Geran ini diperuntukan **khas kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan&
Profesional (P&P) termasuk Guru Bahasa** yang sedang berkhidmat di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)** membuka permohonan bagi**
Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) Tahun 2019** mulai **1 Julai 2019 
hingga 30 Ogos 2019**. Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) termasuk 
Guru Bahasa yang berminat serta menepati syarat kelayakan, boleh mengisi borang 
permohonan **secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (
SMPU)**.

**Sukacita diingatkan setiap permohonan hendaklah dinilai dan dimurnikan di peringkat
Fakulti/Institu/Pusat. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian tidak akan
dipertimbangkan.**

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM, Cik
Norzahira Ramli di talian 03-8921 4392/ norzahira@ukm.edu.my atau Puan Syafura Abd
Halim ditalian 03-8921 4679/ psupp@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Garis Panduan](http://bit.ly/2FNvd5r)
    - [Jadual Kerja](http://bit.ly/307w88s)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][TS_VCSC_Info_Notice presets
=”preset_info_info” panel_type=”info” panel_icon=”fa fa-info-circle” font_title_family
=”Default:regular” font_content_family=”Default:regular”]Nota: Untuk mengakses **
garis panduan** sila login menggunakan **akaun email @ukm.edu.my / @ppukm.ukm.edu.my/@
siswa.ukm.edu.my** yang telah didaftarkan.[/TS_VCSC_Info_Notice][/vc_column][/vc_row]
