# Pembukaan Permohonan Dana R&D, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-dana-rd-kementerian-tenaga-sains-teknologi-alam-sekitar-dan-perubahan-iklim-mestecc-tahun-2019/
- Published: 2019-02-14T11:50:27+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam 
Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)** pada tahun ini telah membuka permohonan 
Dana R&D kepada semua penyelidik. Permohonan ini **dibuka sepanjang tahun**.

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan** secara dalam talian** menggunakan
sistem eDana melalui pautan [https://edana.mestecc.gov.my/](https://edana.mestecc.gov.my/).
Garis Panduan Dana R&D juga boleh dirujuk melalui portal yang diberikan. Permohonan
yang telah dihantar melalui Sistem eDana perlu **dihantar secara hardcopy** kepada
CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat masing-masing mengikut
jadual penghantaran ([https://goo.gl/uJrV8a](https://goo.gl/uJrV8a))

Dokumen permohonan yang perlu **dikemukakan** oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti di lampiran ([https://goo.gl/uJrV8a](https://goo.gl/uJrV8a))

Sukacita** diingatkan** bahawa, sekiranya pemohon ada mengetuai projek ScienceFund
terdahulu dan telah tamat, pastikan Ketua Projek telah mengisi laporan akhir dalam
sistem eScienceFund untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses penilaian permohonan
baharu di peringkat MESTECC. Pihak Urusetia Penyelidikan fakulti/institut/pusat 
digalakkan membuat proses penilaian/pemurnian permohonan agar proposal yang dihantar
berkualiti dan menepati keperluan garis panduan.

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel:
03-8921 5631, Emel: ctaida@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Jadual Penghantaran Dana R&D MESTECC 2019](https://goo.gl/uJrV8a)
    - [Garis Panduan](https://goo.gl/H8XjEo)
    - [Masterlist](https://goo.gl/5nKc1T)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
