<style id="elementor-post-16256">.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-69ee19b5{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-e37b7e4 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-e37b7e4{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-47f8d8f1 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-47f8d8f1 .elementor-heading-title{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;}.elementor-16256 .elementor-element.elementor-element-0f5e6ee > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Dana Penyelenggaraan Instrumentasi Penyelidikan Gunasama UKM Tahun 2020

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-dana-penyelenggaraan-instrumentasi-penyelidikan-gunasama-ukm-tahun-2020/
- Published: 2020-06-03T18:14:53+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)** akan membuka **permohonan
bagi Dana Penyelenggaraan untuk Tahun 2020**. Peralatan penyelidikan gunasama **
ditakrifkan sebagai instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik atau
kumpulan penyelidikan dari berbilang Fakulti/Institut/Pusat atau berbilang kluster
penyelidikan yang merangkumi pelbagai latar bidang penyelidikan seperti sains sosial,
kejuruteraan, sains dan teknologi serta perubatan**. Objektif dana ini adalah untuk**
membantu Fakulti/Institut/Pusat menyelenggara peralatan penyelidikan Universiti 
agar peralatan ini dapat diguna secara bersama oleh penyelidik dalam dan luar UKM**.
Dana penyelenggaraan ini juga penting supaya peralatan penyelidikan dapat digunakan
untuk jangka masa yang panjang. Output daripada dana yang diperuntukkan ini seharusnya**
menyumbang kepada pencapaian KPI universiti penyelidikan.**

**Permohonan dana akan dibuka mulai 15 Jun 2020 hingga 14 Julai 2020**. Setiap permohonan
boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Dana Penyelenggaraan Peralatan Gunasama
UKM dan _Masterlist_ Permohona Dana Penyelenggaraan yang boleh dimuat turun di laman
sesawang CRIM [https://research.ukm.my](https://research.ukm.my/). Bersama-sama 
ini disampaikan Garis Panduan Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama
UKM, Borang Permohonan Dana Penyelenggaraan Peralatan Gunasama UKM, _Masterlist_
Permohonan Dana Penyelenggaraan dan Jadual Kerja Permohonan untuk perhatian dan 
tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.

Satu** taklimat secara atas talian** berkenaan Dana Penyelenggaraan ini akan diadakan
pada **10 Jun 2020, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari** untuk memberi penerangan
secara terperinci kepada penyelidik-penyelidik dan sesi soal jawab di akhir taklimat
jika ada persoalan daripada penyelidik-penyelidik. Pendaftaran untuk taklimat tersebut
boleh dibuat melalui pautan berikut [http://bit.ly/pendaftarantaklimat](http://bit.ly/pendaftarantaklimat%20)
untuk memudahkan urus setia untuk membuat jemputan.
Sukacita diingatkan** setiap
permohonan hendaklah dihantar secara ****_hard copy_**** dan ****_soft copy. _**
Penghantaran _soft copy_ hendaklah diemelkan kepada** tpicrim@ukm.edu.my. Setiap
permohonan hendaklah melalui Fakulti/Institut/Pusat. Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/
Pusat perlu memberi ranking keutamaan permohonan** memandangkan jumlah peruntukan
yang ada hanyalah **RM 500 ribu**. Permohonan yang tidak melalui Fakulti/Institut/
Pusat tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM: Puan
Norzamzurina Ismail di talian 03-89118506 dan emel [norzamzurina@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-dana-penyelenggaraan-instrumentasi-penyelidikan-gunasama-ukm-tahun-2020/norzamzurina@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

 [ ⌊Icon⌉ ](https://research.ukm.my/download/dana-penyelenggaraan-peralatan-penyelidikan-ukm/)

 [Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM](https://research.ukm.my/download/dana-penyelenggaraan-peralatan-penyelidikan-ukm/)

  0.00 KB  2 file(s)  820 downloads
