<style id="elementor-post-16264">.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-3302a398{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-21b1d293 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-21b1d293{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-32e0b2aa > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-32e0b2aa .elementor-heading-title{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;}.elementor-16264 .elementor-element.elementor-element-53546c04 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (Dana PIP) Tahun 2020

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-dana-pembangunan-instrumentasi-penyelidikan-dana-pip-tahun-2020/
- Published: 2020-06-03T18:14:53+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) **akan **membuka permohonan
bagi Dana PIP untuk Tahun 2020**. Pembukaan dana ini adalah untuk menempatkan instrumen
penyelidikan gunasama di UKM. Peralatan penyelidikan gunasama **ditakrifkan sebagai
instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik atau kumpulan penyelidikan
dari berbilang Fakulti/Institut/Pusat atau berbilang kluster penyelidikan yang merangkumi
pelbagai latar bidang penyelidikan seperti sains sosial, kejuruteraan, sains dan
teknologi serta perubatan**. Objektif dana ini adalah untuk membantu Fakulti/Institut/
Pusat mengembangkan dan mengukuhkan penyelidikan melalui kemudahan instrumentasi
yang disediakan. Output daripada dana yang diperuntukkan ini seharusnya **menyumbang
kepada pencapaian KPI universiti penyelidikan.**

**Permohonan Dana PIP akan dibuka mulai 15 Jun 2020 hingga 14 Julai 2020**. Setiap
permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Instrumen Penyelidikan 
Gunasama UKM menggunakan Dana PIP (UKM-SPKP-CRIM-PK01-BO06) yang boleh dimuat turun
di laman sesawang CRIM [https://research.ukm.my](https://research.ukm.my/). Bersama-
sama ini disampaikan Garis Panduan Permohonan Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan
PIP (UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP07), Borang Permohonan dan Jadual Kerja Permohonan untuk
perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.

Satu** taklimat secara atas talian** berkenaan Dana PIP ini akan diadakan pada **
10 Jun 2020, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari** untuk memberi penerangan
secara terperinci kepada penyelidik-penyelidik dan sesi soal jawab di akhir taklimat
jika ada persoalan daripada penyelidik-penyelidik. Pendaftaran untuk taklimat tersebut
boleh dibuat melalui pautan berikut [http://bit.ly/pendaftarantaklimat](http://bit.ly/pendaftarantaklimat%20)
untuk memudahkan urus setia untuk membuat jemputan.
Sukacita diingatkan** setiap
permohonan hendaklah dihantar secara ****_hard copy_**** dan ****_soft copy. _**
Penghantaran _soft copy_ hendaklah diemelkan kepada** tpicrim@ukm.edu.my. Setiap
permohonan hendaklah melalui Fakulti/Institut/Pusat. Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/
Pusat perlu memberi ranking keutamaan permohonan** memandangkan jumlah peruntukan
yang ada hanyalah **RM 1.5 juta**. Permohonan yang tidak melalui Fakulti/Institut/
Pusat tidak akan dipertimbangkan.Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, 
boleh menghubungi pegawai CRIM: Puan Norzamzurina Ismail di talian 03-89118506 dan
emel [norzamzurina@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pembukaan-permohonan-dana-pembangunan-instrumentasi-penyelidikan-dana-pip-tahun-2020/norzamzurina@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

 [ ⌊Icon⌉ ](https://research.ukm.my/download/dana-pembangunan-instrumentasi-penyelidikan-dana-pip/)

 [Dana Pembangunan Instrumentasi Penyelidikan (Dana PIP)](https://research.ukm.my/download/dana-pembangunan-instrumentasi-penyelidikan-dana-pip/)

  0.00 KB  3 file(s)  1188 downloads
