United Kingdom melalui UK National Institute for Health Research (NIHR) sedang mempelawa penyelidik di Malaysia untuk memohon empat (4) geran penyelidikan berkenaan kesihatan global yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat di negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low & Middle Income Countries).
Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui laman sesawang rasmi NIHR Global Health Research dan menghubungi pihak NIHR.