<style id="elementor-post-18845">.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-3b006c1c{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-721d3adb > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-721d3adb{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-566ab1e{--spacer-size:10px;}.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-96c315f .bdt-document-viewer iframe{height:600px;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}@media(min-width:768px){.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-11b938b6{width:59.911%;}.elementor-18845 .elementor-element.elementor-element-e455884{width:39.914%;}}</style># Pembukaan Geran Penyelidikan Lembaga Timah 2023

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-geran-penyelidikan-lembaga-timah-2023/
- Published: 2023-03-17T12:34:46+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Lembaga (Penyelidikan dan Kemajuan) Perusahaan Timah** ataupun lebih dikenali 
sebagai Lembaga Timah merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber
Asli, Alam Sekitar dan Perubahan lklim (NRECC). lanya ditubuhkan pada tahun 1953
dan beroperasi sejak 1954. Salah satu objektif **utamanya ialah untuk merangsang,
menggalak dan memperluaskan penggunaan serta kegunaan timah bagi manfaat kepentingan
industri timah di Malaysia. **

Sebagai satu usaha untuk mencapai objektif tersebut, sejak tahun 2018, Lembaga Timah
telah menyalurkan bantuan kewangan berupa geran penyelidikan kepada para penyelidik
terpilih di universiti-universiti dan institusi penyelidikan tempatan yang berkecimpung
dalam penyelidikan berasaskan timah. Penyelidikan-penyelidikan tersebut hendaklah
sekurang-kurangnya berupaya **memberikan manfaat dan kesan positif kepada industri
timah tempatan serta membangun dan meningkatkan pengeluaran dan penggunaan timah
di Malaysia secara mampan dan lestari.**

Penyelidik yang berminat boleh menghantar permohonan melalui emel kepada **[azlin@mcom.com.my](https://research.ukm.my/pembukaan-geran-penyelidikan-lembaga-timah-2023/azlin@mcom.com.my)**
dan disalinkan kepada CRIM ([ctaida@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pembukaan-geran-penyelidikan-lembaga-timah-2023/ctaida@ukm.edu.my))
untuk rekod.

Mohon perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan bahawa tarikh
tutup untuk pemohon mengemukakan permohonan kepada pihak Lembaga (Penyelidikan dan
Kemajuan) Perusahaan Timah adalah **selewat-lewatnya pada 14 April 2023 (Jumaat)**
dengan menggunakan format yang telah ditetapkan oleh pihak pembiaya dalam surat 
yang dilampirkan. 
