<style id="elementor-post-20442">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-20442 .elementor-element.elementor-element-9ce6f55{font-family:"Roboto", Sans-serif;font-weight:400;color:#000000;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2025: Permohonan GGPM dan GUP

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-geran-penyelidikan-di-bawah-dana-universiti-penyelidikan-tahun-2025-permohonan-ggpm-dan-gup/
- Published: 2025-08-04T08:51:04+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran
penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2025 bagi geran
berikut:

      i.    Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

      ii.   Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai **01 Ogos 2025 (Jumaat) sehingga
21 Ogos 2025 (Khamis)**. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian
menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di
pautan [https://smpu.ukm.my/](https://smpu.ukm.my/)

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang
terkini di laman web CRIM ([https://research.ukm.my/muat-turun](https://research.ukm.my/muat-turun))
atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon **tidak melebihi siling 
yang ditetapkan.**

(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP yang masih aktif dibenarkan
membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika **tahap kewangan projek 
adalah pada kadar 75% dan ke atas. **

(iv) Pemohon perlu memastikan **semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah
Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua
projek) **dan **laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan
PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.**

(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian dan perakuan di peringkat fakulti/
institut/pusat yang akan dilaksanakan melalui SMPU. Tatacara/panduan penilaian boleh
merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP15: Garis Panduan Penilaian Geran Penyelidikan.******
Permohonan yang tidak melalui proses penilaian dan perakuan di peringkat fakulti/
institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. **

(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan **SATU (1) permohonan sahaja**
sama ada GGPM/GUP bagi tempoh pembukaan ini.

(vii)  Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan
projek dengan menggunakan website [http://lens.org/.](http://lens.org/)

(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/
ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas
penyelidikan dilaksanakan.

 

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan juga dimohon untuk **mengambil
perhatian bahawa bagi tahun 2025, CRIM memutuskan untuk memberikan keutamaan permohonan
kepada kakitangan akademik yang berjawatan Profesor Madya dan ke bawah.**

 

Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon
untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada semua
penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan
maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan:

         ** i.   ****Jadual Kerja Permohonan**

**          ii.   Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan  **

**          iii.  Borang Penilaian Projek Penyelidikan**

**          iv.  Garis Panduan Bagi Setiap Geran**

**          v.  Contoh LoI **

**         vi.   Poster hebahan pembukaan geran**

 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/
Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

         i. **Puan Siti Noraida Sood**

            Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

            03-8921 5631

 

         ii. **Encik Mohd Asraf Mohamad Farid**

            Penolong Pendaftar

            03-8921 4455

 

         iii. **Puan Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir**

             Penolong Pendaftar

             03-8921 4679

 

 

 

 **Pembukaan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2025:
Permohonan GGPM dan GUP** | Muat Turun / _Download_ 1164 | Kemaskini / _update_ 
04/08/2025

8 files

1. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-GP04 Garis Panduan Geran Universiti Penyelidikan(
GUP)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268175888&refresh=aef4e0db&filename=viewuspdrive_link)

2. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-SS02 Senarai Semak Permohonan GUP (Pindaan 2025)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268460848&refresh=aef4e202&filename=edituspsharingouid108550484210222321104rtpoftruesdtrue)

3. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-GP03 Garis Panduan Geran Galakan Penyelidik Muda(
GGPM).pdf

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268260611&refresh=aef4e26a&filename=viewuspdrive_link)

4. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-SS01 Senarai Semak Permohonan GGPM (Pindaan 2025)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268434081&refresh=aef4e2c4&filename=edituspsharingouid108550484210222321104rtpoftruesdtrue)

5. Jadual Kerja Pembukaan Permohonan Dana RU (GUP & GGPM) Tahun 2025_01082025

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268309497&refresh=aef4e31a&filename=viewuspsharing)

6. UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06 Borang Penilaian Projek Penyelidikan Dana UP(
Pindaan 1 April 2024)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268396264&refresh=aef4e374&filename=edituspsharingouid108550484210222321104rtpoftruesdtrue)

7. CONTOH - LoI UKM (BI)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268369233&refresh=aef4e3ca&filename=edituspsharingouid108550484210222321104rtpoftruesdtrue)

8. CONTOH - LoI UKM (BM)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pembukaan-permohonan-dana-penyelidikan-kementerian-pengajian-tinggi-kpt-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-tahun-2023-2/?wpdmdl=20448&ind=1754268337769&refresh=aef4e411&filename=edituspsharingouid108550484210222321104rtpoftruesdtrue)
