<style id="elementor-post-18905">.elementor-18905 .elementor-element.elementor-element-663dd65a{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-18905 .elementor-element.elementor-element-4b6208f > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-18905 .elementor-element.elementor-element-4b6208f{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-18905 .elementor-element.elementor-element-3ff59a4{width:var( --container-widget-width, 59.196% );max-width:59.196%;--container-widget-width:59.196%;--container-widget-flex-grow:0;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Geran Penyelidikan di Bawah Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2023: Permohonan GGPM, GUP dan DIP 2.0

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-geran-penyelidikan-di-bawah-dana-universiti-penyelidikan-tahun-2023-permohonan-ggpm-gup-dan-dip-2-0/
- Published: 2023-04-11T12:46:51+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran
penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2023 bagi geran
berikut:

 i.    Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

 ii.   Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

iii.   Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)

Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai **13 April 2023 (Khamis) sehingga
19 Mei 2023 (Jumaat)**. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian
menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di
pautan [https://appsmu.ukm.my/smpu/](https://appsmu.ukm.my/smpu/)

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang
terkini di laman web CRIM ([https://research.ukm.my/muat-turun](https://research.ukm.my/muat-turun/))
atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon **tidak melebihi siling 
yang ditetapkan.**

(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan
membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika **tahap selesai projek adalah
pada kadar 75% dan ke atas.** 

(iv) Pemohon perlu memastikan **semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah
Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua
projek) **dan **laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan
PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.** 

(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat.
Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-    GP15:Garis
Panduan Penilaian Geran Penyelidikan. Pihak fakulti/institut/pusat perlu membuat
pengesahan penilaian menggunakan **UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06****: Borang
Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (Tarikh kuatkuasa
1 April 2023). **Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/
institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan **SATU (1) permohonan sahaja**
sama ada GGPM/GUP/DIP 2.0 bagi tempoh pembukaan ini.

(vii)  Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan
projek dengan menggunakan website [http://lens.org/](http://lens.org/).

(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/
ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas
penyelidikan dilaksanakan.

Sebagai makluman kepada YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan, pihak**
CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Dana ini secara dalam talian** pada
ketetapan berikut:

**            ****Tarikh          : 13 April 2023 (Khamis)
            Masa     :
9.00 pagi (
atur cara taklimat dilampirkan)

**            Pautan         : Aplikasi Webex**

           [https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m67e0218ce2162a79f395da0a4170a12d](https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m67e0218ce2162a79f395da0a4170a12d)

           Meeting number: 2643 524 3966

           Password: 3218#99

**           ****Atur Cara Taklimat di lampirkan bersama.**

**           Semua penyelidik, Pengurusan F/I/P dan Sekretariat Penyelidikan F/I/
P dijemput hadir.**

Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon
untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada semua
penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan
maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan:

         ** i.   ****Jadual Kerja Permohonan – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**          ii.   Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**          iii.  Borang Penilaian Projek Penyelidikan – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**          iv.  Garis Panduan Bagi Setiap Geran – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**          v.   Borang Persetujuan Sebagai Penyelidik Bersama – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**          vi.  Contoh LoI – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

**         vii. P****oster hebahan pembukaan geran – [Link](https://drive.google.com/drive/folders/1zBq9BUlngcGFTfWGvaAqhxoOlheV4TgV?usp=sharing)**

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/
Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

i. **Puan Siti Noraida Sood**

Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

03-89215631

 ii. **Encik Mohd Asraf Mohamad Farid**

Penolong Pendaftar

03-8921 4455

iii. **Cik Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir**

Penolong Pendaftar

03-8921 4679

![](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2023/04/Poster-Hebahan-Pembukaan-
Geran-di-bawah-Dana-UP-Tahun-2023-724x1024.jpg)
