# Pembukaan Geran Kajian Kertas Polisi (GKKP) 2026 – Jangka Pendek Dimensi Sosial

- Link: https://research.ukm.my/pembukaan-geran-kajian-kertas-polisi-gkkp-2026-jangka-pendek-dimensi-sosial/
- Published: 2026-06-22T10:27:15+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

**Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI)** dengan kerjasama **Agenda Nasional IKRAM**
membuka permohonan bagi **Geran Kajian Kertas Polisi (GKKP) 2026 – Jangka Pendek
Dimensi Sosial**.

Geran ini bertujuan menggalakkan penghasilan kajian ringkas, berfokus dan berasaskan
bukti yang dapat menyumbang kepada cadangan polisi serta intervensi praktikal dalam
dimensi sosial.

#### Tema Kajian

 * Masyarakat Yang Peduli
 * Institusi Keluarga Utuh
 * Perpaduan Nasional
 * Sihat, Selamat, Sejahtera
 * Pendidikan

#### Maklumat Penting Geran

 * **Jumlah Dana:** Sehingga RM8,000 bagi setiap projek yang diluluskan.
 * **Tarikh Tutup Permohonan:** 29 Jun 2026 (Isnin), pukul 11.59 malam.

#### Pautan Permohonan & Maklumat Lanjut

 * **Borang Permohonan:** [https://bit.ly/BorangGKKP-Sosial](https://bit.ly/BorangGKKP-Sosial)
 * **Maklumat Lanjut & Syarat:** [https://bit.ly/GKKP-Sosial-2026](https://bit.ly/GKKP-Sosial-2026)

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak urus setia melalui emel: [admin@kadri.com.my](https://research.ukm.my/pembukaan-geran-kajian-kertas-polisi-gkkp-2026-jangka-pendek-dimensi-sosial/admin@kadri.com.my).

---

#### Makluman Khas Penyelidik UKM (Tindakan CRIM)

Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik UKM adalah dipohon untuk mengisi 
Google Form Makluman Penghantaran melalui pautan di bawah sebaik sahaja permohonan
dihantar kepada pihak pemberi dana:

[https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7](https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7)

---

Sehubungan itu, sukacita CRIM memohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/
Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah
di PTJ masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara 
ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
