<style id="elementor-post-16675">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16675 .elementor-element.elementor-element-300ec5e4 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16675 .elementor-element.elementor-element-300ec5e4{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pemakluman Semula Mengenai Panduan Ringkas Dalam Melengkapkan Permohonan Menghadiri Persidangan Antarabangsa Secara Atas Talian / Online Melalui Sistem e- Mohon Aktiviti Rasmi (Sistem e-Aktiviti)

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-semula-mengenai-panduan-ringkas-dalam-melengkapkan-permohonan-menghadiri-persidangan-antarabangsa-secara-atas-talian-online-melalui-sistem-e-mohon-aktiviti-rasmi-sistem-e-aktiviti/
- Published: 2020-12-08T12:07:15+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Pihak CRIM mengambil maklum bahawa situasi pandemik Covid 19 yang melanda negara
kini telah meningkatkan penganjuran persidangan antarabangsa iaitu melalui persidangan
atas talian / online.

Permohonan untuk menghadiri persidangan antarabangsa secara atas talian / online**
perlu dilakukan sepenuhnya dalam Sistem e-Aktiviti **yang boleh dicapai melalui 
[http://www.ukm.my/eaktiviti](http://www.ukm.my/eaktiviti) ataupun melalui aplikasi
Gerbang Warga UKM (carian Aktiviti Rasmi seperti prosedur biasa).

Pihak CRIM mendapati, terdapat kalangan pemohon yang masih keliru dengan tatacara
permohonan untuk menghadiri persidangan antarabangsa secara atas talian / online.
Justeru itu, pihak CRIM mengambil inisiatif mengedarkan infografik ringkas mengenai
tatacara ini bagi membantu pemohon untuk lebih jelas dengan tatacara permohonan.

Bersama-sama ini, dilampirkan panduan ringkas melengkapkan permohonan menghadiri
persidangan antarbangsa atas talian / online melalui Sistem e-Aktiviti bagi memastikan
permohonan dapat dilengkapkan dengan tepat dan lengkap.

Pihak CRIM berharap semoga panduan ini dapat membantu untuk memudahkan dan melancarkan
permohonan menghadiri persidangan antarabangsa atas talian / online melalui Sistem
e-Aktiviti di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. Sekian dulu untuk makluman dan tindakan
selanjutnya oleh semua Fakulti/Institut/Pusat.

![](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/12/Panduan-Melengkapkan-Permohonan-
e-Aktiviti-Menghadiri-Persidangan-Antarabangsa-Online-1024x576.jpg)
