<style id="elementor-post-16232">.elementor-16232 .elementor-element.elementor-element-1a5037da{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16232 .elementor-element.elementor-element-4023bbb6 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16232 .elementor-element.elementor-element-4023bbb6{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pemakluman Pindaan Proses Permohonan Mengadakan Aktiviti Penyelidikan Dalam Garis Panduan Menghadiri Dan Mengadakan Aktiviti Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01)

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pindaan-proses-permohonan-mengadakan-aktiviti-penyelidikan-dalam-garis-panduan-menghadiri-dan-mengadakan-aktiviti-penyelidikan-ukm-spkp-crim-pk05-gp01/
- Published: 2020-05-21T11:05:39+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
dari semasa ke semasa sentiasa berusaha menambahbaik sistem pengurusan atas talian
CRIM bagi memudahkan semua Fakulti/Institut/Pusat. Justeru, pihak CRIM ingin memaklumkan
bahawa penambahbaikan telah dibuat untuk permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan
di **Sistem e-Mohon Aktiviti Rasmi (Sistem e-Aktiviti)**, di mana:

i. Pihak Fakulti/Institut/Pusat **tidak perlu lagi mengemukakan salinan keras (_hardcopy_)
permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan ke CRIM bagi tujuan semakan dan kelulusan**
sebagaimana proses sebelum ini;

ii. Dengan penambahbaikan ini menjadikan permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan
hanya perlu **dilakukan sepenuhnya dalam Sistem e-Aktiviti **yang boleh dicapai 
melalui http://www.my/eaktiviti ataupun melalui aplikasi Gerbang Warga UKM melalui
carian Aktiviti Rasmi; dan

iii. Proses baharu ini berkuatkuasa serta merta.

Pihak CRIM berharap semoga proses kerja yang baharu ini akan lebih memudahkan dan
melancarkan permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan melalui Sistem e-Aktiviti
di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. 

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai CRIM Puan Roslina Rosli (Ketua Pegawai
Penyelidik Sosial) di talian 03-89215027 atau melalui emel [r.rosli@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pemakluman-pindaan-proses-permohonan-mengadakan-aktiviti-penyelidikan-dalam-garis-panduan-menghadiri-dan-mengadakan-aktiviti-penyelidikan-ukm-spkp-crim-pk05-gp01/milto:r.rosli@ukm.edu.my).
