# Pemakluman Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (DP KPM) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pembukaan-permohonan-skim-geran-penyelidikan-pembangunan-prototaip-prgs-fasa-1-2019-kementerian-pendidikan-malaysia-dp-kpm-tahun-2019/
- Published: 2019-01-18T15:27:53+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Tarikh Pembukaan : 15 Januari 2019 – 28 Februari
2019 (1 Bulan ½)
 Tarikh Akhir Penghantaran Proposal : 5 Februari 2019 Tempoh Penyelidikan:
Tidak Melebih 2 Tahun Syiling Permohonan : Rm500,000.00

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan geran penyelidikan
PRGS bagi tahun 2018 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 
mulai 15 Januari 2019.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan
Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2019 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(i) Penyelidik:
 a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
b. Ketua Projek/ Ketua Program mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi
projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem
MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS); c. Penyelidik dibenarkan untuk
memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan
untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek bagi setiap skim
geran yang ingin dipohon bagi tahun 2019; dan d. Telah mengemaskini dan melengkapkan
semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision),
Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community
Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPM berhak 
menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

(iii) Permohonan Baharu
 a. Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria
penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat
kuasa; dan b. Jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati syarat
seperti di jadual berikut: Skim Geran : Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip(
PRGS) Siling Permohonan : RM500,000.00 Tempoh Penyelidikan : Tidak melebihi dua (
2) tahun

Pemohon perlu membuat permohonan PRGS secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS
melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2019. Garis Panduan PRGS(
Pindaan 2019) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Untuk pertanyaan sila hubungi saya, Firdaus Banhawi (Tel.: 03-8921 4821 / emel: 
firban@ukm.edu.my).
 [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
