# Pemakluman Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2019

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pembukaan-permohonan-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-fasa-1-2019/
- Published: 2019-01-20T16:00:38+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)** telah
membuka permohonan **Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2019** kepada
para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Januari 2019.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan FRGS Fasa 1/2019 berdasarkan
kriteria-kriteria berikut:

**(i) Penyelidik:**
 a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang **memenuhi
syarat**; b. Ketua Projek mestilah telah **mengisi dan melengkapkan laporan prestasi**
projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem
MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS); c. Penyelidik **dibenarkan 
untuk memohon skim geran yang berbeza**. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan
untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek bagi setiap skim
geran yang ingin dipohon bagi tahun 2019; dan d. Telah **mengemaskini dan melengkapkan**
semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision),
Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community
Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPM berhak 
menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

**(ii) Permohonan Baharu**
 a. Kertas cadangan penyelidikan **perlu menepati kriteria**
penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat
kuasa. Penyelidik diminta untuk membaca dan meneliti garis panduan FRGS yang terkini–
Garis Panduan FRGS (Pindaan 2019); b. Siling jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon
untuk geran FRGS adalah **RM250,000.00 untuk tempoh projek tidak melebihi tiga (
3) tahun**.

Pemohon perlu membuat permohonan FRGS Fasa 1/2019 secara atas talian menggunakan
sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2019. Garis
Panduan FRGS (Pindaan 2019) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Siti Noraida binti Sood ditalian
03-8921 5631 atau emel ctaida@ukm.edu.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Garis Panduan dan Jadual Kerja](https://goo.gl/Kwxqkn)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
