<style id="elementor-post-19926">.elementor-19926 .elementor-element.elementor-element-4fba57b7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-19926 .elementor-element.elementor-element-5a76b946 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-19926 .elementor-element.elementor-element-5a76b946{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pemakluman Pembukaan Permohonan Projek Penyelidikan Kelestarian UKM Tahun 2024 

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pembukaan-permohonan-projek-penyelidikan-kelestarian-ukm-tahun-2024/
- Published: 2023-12-22T16:13:36+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Projek Penyelidikan Kelestarian UKM diperkenalkan
pada penghujung tahun 2023 bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan
dan pembudayaan kelestarian dalam kampus. Inisiatif ini selari dengan 17 Matlamat
Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) dan Pelan Kelestarian
UKM. Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 10/2023 pada 11 Julai 2023 telah bersetuju
meluluskan sejumlah peruntukan untuk projek penyelidikan kelestarian ini menggunakan
peruntukan Dana Universiti Penyelidikan.  

3.             Objektif projek penyelidikan ini adalah untuk: 

a)      Menggiatkan pembudayaan _SDGs_ dalam kalangan warga penyelidik UKM. 

b)      Memanfaatkan kepakaran penyelidik UKM bagi merancakkan lagi agenda dan pembudayaan
kelestarian di UKM. 

c)      Mendapatkan data kelestarian yang terfokus bagi keperluan pelaksanaan di
UKM. 

d)      Mencapai sasaran UKM sebagai kampus lestari menjelang 2030. 

4.             Justeru itu, pihak Universiti mengalu-alukan penyelidik UKM untuk
memohon projek penyelidikan ini. Permohonan yang dikemukakan mestilah memenuhi syarat
dan keperluan yang ditetapkan dalam **Garis Panduan Projek Penyelidikan Kelestarian
sebagaimana pada lampiran dan Syarat Tambahan yang ditetapkan seperti dinyatakan
dalam surat ini. **Sebagai makluman, **jumlah peruntukan (siling) adalah tidak melebihi
RM30,000.00** bagi setiap projek dan **tempoh penyelidikan adalah satu (1) tahun
atau 12 bulan**. Peruntukan yang dimohon mestilah **berpadanan dengan skop projek
penyelidikan**. Projek ini akan bermula pada tahun 2024. 

5.             Sukacita pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan 
dimohon untuk mengambil perhatian **Syarat Tambahan permohonan** seperti berikut:

a)             Permohonan ini terbuka kepada semua kakitangan akademik aktif yang**
berdaftarkan dengan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU)** seperti mana yang disahkan
oleh Pusat IDEA UKM.   

b)             Permohonan adalah secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan
Universiti (SMPU). **Tarikh akhir penghantaran permohonan adalah pada 5 Februari
2024 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah malam**. **Sila rujuk Jadual Kerja Permohonan
Projek Penyelidikan Kelestarian UKM Tahun 2024 yang dilampirkan. **** **

c)             Bagi tahun 2024, pihak Universiti bersetuju supaya bagi Projek Penyelidikan
Kelestarian tahun 2024, cadangan penyelidikan perlulah **memfokus kepada 10 _SDGs_**
seperti di bawah:  

  |

 

  |

**SDGs **

  |

**Tema **

  |  
 |

**SDG 1 **

  |

Tiada Kemiskinan _No Poverty _

  |

Isu Kemiskinan 

  |  
 |

**SDG 2 **

  |

Sifar_ _Kelaparan _ _

_Zero Hunger _

 

  |

•      Kesihatan dan Keselamatan Makanan 

•      Pengurusan Sisa Makanan  

  |  
 |

**SDG 3 **

 

  |

Kesihatan Yang Baik Dan 

Kesejahteraan_ Good Health and Well-Being _

  |

Kesedaran dan Kesihatan Warga ** **

  |  
 |

**SDG 4 **

 

  |

Pendidikan Berkualiti 

_Quality Education _

_ _

  |

•      Akses Pembelajaran Terbuka Untuk 

Masyarakat 

•        Peningkatan Fasiliti Pembelajaran Digital 

  |  
 |

**SDG 5 **

  |

Kesaksamaan Gender

_Gender Equality _

_ _

 

  |

•      Akses Kemudahan Materniti Dan 

Kanak-Kanak

•        Program Pementoran Dan Galakan Pelajar Wanita 

  |  
 |

**SDG 10 **

  |

Mengurangkan Ketidaksamaan 

_Reduced Inequalities  _

  |

Perkhidmatan dan Keperluan Warga OKU 

 

  |  
 |

**SDG 11 **

  |

Bandar Dan Komuniti Mampan 

_Sustainable Cities and Communities_

  |

•      Kualiti udara  Jejak karbon

  |  
 |

**SDG 12 **

  |

Penggunaan Dan Penghasilan 

Yang Bertanggungjawab 

_Responsible Consumption and _

_Production_

  |

•      Rawatan Sisa Toksik Dan Organik  

•      Inovasi Kitar Semula 

 

 

  |  
 |

**SDG 13 **

  |

Tindakan Iklim  _Climate Action_

 

  |

•      Inisiatif Kampus Rendah Karbon Pengurangan Pelepasan Karbon ** **

  |  
 |

**SDG 15 **

  |

Kehidupan Di Darat  

_Life on Land _

_ _

 

  |

Inventori Data Kepelbagaian Biologi 

Kehidupan di Darat, Ruang Kawasan Terbuka, Kawasan Diliputi Hutan, 

Tanaman serta Ruang Penyerapan Air.

  |

d)             **Penyelidikan ini hendaklah berdasarkan kepada kajian kelestarian
di UKM di mana Lokasi kajian adalah dalam kampus, iaitu di Kampus Bangi, Kampus 
Kuala Lumpur (Cheras dan Jalan Raja Muda) dan Makmal-makmal Alami UKM. ** 

e)             Pemohon perlu mengadakan perbincangan awal dengan Peneraju Kluster
Penyelidikan bagi KPU masing-masing untuk menentukan SDG dan tema yang bersesuaian
dengan bidang kepakaran KPU.  

6.             Sebagai makluman kepada semua PTJ, **Pusat IDEA UKM dan Peneraju 
Kluster** serta **Pusat****STRATEGI-UKM** turut sama memainkan peranan dalam pengurusan
Projek Penyelidikan Kelestarian UKM Tahun 2024 ini sebagaimana berikut: 

            **I. PUSAT IDEA DAN PENERAJU KLUSTER: **

a)      Bertanggungjawab untuk menyelaras penyediaan cadangan penyelidikan dengan
Peneraju Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bagi memastikan
cadangan penyelidikan adalah memberikan focus kepada 10 _SDGs_ seperti yang dinyatakan
pada Perkara 5.c.  

b)      Bertanggungjawab membuat saringan awal cadangan penyelidikan terbaik yang
perlu dimajukan ke CRIM (Penghantaran secara dalam talian melalui SMPU oleh pemohon)
untuk proses penilaian peringkat UKM. 

c)      Hanya permohonan yang **disenaraikan oleh Pusat IDEA dalam _Masterlist _Senarai
Permohonan yang diperakukan akan diproses untuk **

**      penilaian peringkat UKM oleh CRIM.  **

Capaian ke Jadual Kerja Pembukaan dan Garis Panduan Geran seperti berikut: [https://bit.ly/3RBrWtQ](https://bit.ly/3RBrWtQ)

![Poster-Projek Penyelidikan Kelestarian UKM](https://research.ukm.my/wp-content/
uploads/2023/12/Poster-Projek-Penyelidikan-Kelestarian-UKM-400x566.png "Poster-Projek
Penyelidikan Kelestarian UKM")
