# Pemakluman Pembukaan Permohonan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-HIBISCUS) France-Malaysia Tahun 2019 [Tarikh Tutup : 13 MAC 2019]

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pembukaan-permohonan-hubert-curien-partnership-hibiscus-phc-hibiscus-france-malaysia-tahun-2019-tarikh-tutup-13-mac-2019/
- Published: 2019-02-08T10:10:01+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)** melalui
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama **Ministry of Europe and Foreign
Affairs (MEAE)** dan **Ministry of National Education, Higher Education and Research(
MESRI)** Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan** Hubert Curien Partnership–
Hibiscus (PHC-Hibiscus)** di bawah program **Malaysia Partnerships and Alliances
in Research (MyPAIR)**. MyPAIR merupakan inisiatif KPM dalam mengukuhkan penyelidikan
Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama
penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAIR merupakan pelaksanaan projek secara
bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri mahu pun antarabangsa. Kerjasama
penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur
dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

Permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019 akan dibuka mulai **1 Februari 2019 sehingga 
15 Mac 2019** melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS). Penyelidik
yang berminat boleh mengambil perhatian dan tindakan berikut :

i. **Membaca dan mematuhi syarat permohonan dan peraturan kewangan** (Rujuk Garis
Panduan Permohonan PHC-Hibiscus France – Malaysia yang dilampirkan);
 ii. **Mengisi
dan menghantar permohonan melalui MyGRANTS** selewat-lewatnya **pada 13 Mac 2019(
Rabu) jam 11.59 malam**. Permohonan yang dihantar **selepas tarikh ini tidak akan
dipertimbangkan oleh CRIM**; iii. **Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris**;
iv. **Memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang 
dikemukakan**;dan v. Permohonan yang dihantar melalui Sistem MyGRANTS akan disemak
dan diperaku oleh CRIM melalui MyGRANTS kepada KPM selewat-lewatnya pada15 Mac 2019(
Jumaat) jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura
binti Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau Cik Norzahira Ramli di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Lampiran](https://goo.gl/24u677)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
