# Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-ilmiah-agensi-anti-dadah-malaysia-aadk-tahun-2019/
- Published: 2019-01-10T16:36:58+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK)** sedang
menawarkan permohonan **Geran Penyelidikan Ilmiah AADK bagi tahun 2019**. Penyelidik
yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut format yang ditetapkan oleh
AADK. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui [https://www.adk.gov.my/orang-awam/geran-penyelidikan-aadk/](https://www.adk.gov.my/orang-awam/geran-penyelidikan-aadk/)

Semua permohonan daripada penyelidik perlu dinilai oleh panel penilai/Jawatankuasa
Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat dan dikemukakan **kepada CRIM sebelum
atau pada 29 Januari 2019 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat
Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat** untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM
terlebih dahulu. Permohonan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
kepada AADK. Tarikh tutup permohonan ialah pada **31 Januari 2019 (Khamis)**.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat adalah seperti berikut:
 a. **Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/
Pusat:** Sebagai bukti penghantaran permohonan. b. **Borang Permohonan:** 1 salinan
lembut (softcopy) – emel kepada psupp@ukm.edu.my, 1 salinan keras (hardcopy) dan
Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat(
tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat). Ulasan penilaian ini wajib dikemukakan
kepada AADK. c. **Senarai Permohonan (Masterlist):** 1 salinan lembut (softcopy)
dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my
dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan
Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai AADK, Puan Hafidah 
Maasom di talian 019-6001206 atau Puan Nursuhaila A. Rahman di talian 03-89112267
atau Puan Zalehan Tajuddin di talian 03-89112286.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Borang Permohonan dan Lampiran](https://goo.gl/TGcEhD)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
