<style id="elementor-post-16581">.elementor-16581 .elementor-element.elementor-element-b8d707c{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16581 .elementor-element.elementor-element-a054149 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16581 .elementor-element.elementor-element-a054149{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pemakluman Garis Panduan Baharu Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)

- Link: https://research.ukm.my/pemakluman-garis-panduan-baharu-pembantu-penyelidik-siswazah-gra/
- Published: 2020-09-10T16:48:55+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Mesyuarat Pengurusan CRIM Bil. 6/2020** pada **17 Ogos 2020** telah bersetuju 
membuat penambahbaikan terhadap Garis Panduan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)**
dengan membenarkan pelantikan GRA dalam kalangan pelajar Sarjana bukan warganegara
di samping pelantikan dalam kalangan pelajar **pengajian Doktor Falsafah sebagaimana
garis panduan sedia ada. 

 

**Ratio pelantikan antara pelajar warganegara dan bukan warganegara adalah berdasarkan
penetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan CRIM**. 

 

Sebagai makluman kepada pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Tuan/Puan, pindaan
ini adalah selari dengan peraturan pelantikan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) dan peraturan lain yang berkaitan di peringkat UKM. Garis
panduan baharu ini berkuatkuasa pada **1 Oktober 2020. **

** **

Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan berkaitan untuk makluman dan rujukan 
pihak PTJ**. **Dokumen garis panduan baharu ini juga boleh dimuat turun melalui 
laman sesawang CRIM, **[https://research.ukm.my/muat-turun/](https://research.ukm.my/muat-turun/).**

** **

Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon agar
dapat memaklumkan perkara ini kepada semua penyelidik di bawah pengawasan dan penyeliaan
YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai 
kami, Encik Mohd Asraf Bin Mohd Farid di talian 03-89214455.
