# Pelawaan Untuk Menyertai UNESCO/ISEDC Co-Sponsored Fellowship Programme – 2020

- Link: https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-menyertai-unesco-isedc-co-sponsored-fellowship-programme-2020/
- Published: 2020-02-03T10:10:21+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Malaysia** menerusi **Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)** Malaysia telah menerima 
pelawaan daripada **United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(
UNESCO)** bersama** International Center for Sustainable Energy Development (ISEDC)
Moscow** untuk menyertai _**UNESCO/ISEDC Co-Sponsored Fellowship Programme – 2020**_.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti dan sumber manusia
dalam bidang **_Sustainable and Renewable Energy_** di negara-negara membangun.

Untuk makluman, program ini akan berlangsung** selama 4 minggu bermula 5 – 30 Oktober
2020** dengan menggunakan perantaraan **Bahasa Inggeris di negara Persekutuan Russia**.
Bagi calon yang berjaya dipilih, pihak UNESCO akan menanggung perbelanjaan penerbangan
pergi-balik dan one time travel allowance (US$ 100), manakala pihak ISEDC akan memberikan
elaun bulanan sebanyak US$ 450 bagi menanggung kos penginapan, makan-minum dan lain-
lain. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti di Lampiran atau layari
[http://www.unesco.org/new/en/fellowships/programmes/unescoisedc-co-sponsored-fellowships-programme/](http://www.unesco.org/new/en/fellowships/programmes/unescoisedc-co-sponsored-fellowships-programme/).

Penyelidik yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (seperti di Lampiran),
serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada nurulahernesto@mestecc.gov.my dan haslinda@
mestecc.gov.my **selewat-lewatnya pada 6 Mac 2020 (Jumaat)**, bagi tujuan pengesahan
dan sokongan oleh pihak Kementerian selaku Jawatankuasa Tetap Sains, Suruhanjaya
Kebangsaan UNESCO di Malaysia dan **disalinkan kepada emel ini dan Timbalan Dekan/
Pengarah PTJ**.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi Encik Nurulah Ernesto Bin
Kennedy, Bahagian Antarabangsa, MESTECC di talian 03- 8885 8224.[/vc_column_text][
vc_empty_space height=”10px”][vc_custom_heading text=”Sila klik dibawah untuk muat
turun:-” font_container=”tag:h5|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][ultimate_icon_list
icon_size=”10px”][ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|
url^https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption
^null|alt^null|title^3009539621529652585|description^null”][Lampiran](http://bit.ly/395FiH5)[/
ultimate_icon_list_item][/ultimate_icon_list][/vc_column][/vc_row]
