# Pelawaan Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan Sebagai ‘Energy Economist’ di Asean Center for Energy (ACE) Bertempat di Jakarta, Indonesia [Tarikh Tutup: 22 Februari 2019]

- Link: https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengisi-kekosongan-jawatan-sebagai-energy-economist-di-asean-center-for-energy-ace-bertempat-di-jakarta-indonesia-tarikh-tutup-22-februari-2019/
- Published: 2019-02-08T10:12:49+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**ASEAN Center for Energy (ACE)** akan melaksanaka
projek baharu bertajuk **“ASEAN Climate Change and Energy Project (ACCEPT)”**, sebuah
projek di bawah kerjasama** Norwegian-ASEAN Regional Integration Programme (NARIP)**.
Projek selama 3 tahun ini (November 2019 hingga September 2021) bertujuan untuk 
menghasilkan **syor-syor bagi menambahbaik sinergi dasar-dasar tenaga dan perubahan
iklim di kalangan negara ASEAN menerusi output-output berkaitan yang menyokong ASEAN
Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC)**.

Bagi menjayakan projek ini, pihak ACE telah mempelawa pihak-pihak yang berminat 
untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai **‘Energy Economist’** di ACE, dengan kontrak
selama 3 tahun dan berpusat di Jakarta, Indonesia. Antara syarat-syarat pencalonan
pegawai adalah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang 
Ekonomi dan mempunyai latarbelakang/pengalaman dalam sektor tenaga. Maklumat penuh
berhubung syarat-syarat dan peranan jawatan berkenaan adalah seperti di lampiran.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai MESTECC, 
Puan Nazratul Ain Mohamad Ali di talian 03-8885 8236 atau pegawai CRIM, Puan Siti
Noraida Binti Sood di talian 03-8921 5631.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Lampiran](https://goo.gl/XZ5hRt)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
