# Pelawaan Untuk Mengemukakan Manuskrip Bagi Penerbitan Buku NAM S&T Centre Bertajuk “Role of Women In Science, Technology And Innovation In The Global South

- Link: https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/
- Published: 2026-06-25T10:31:08+08:00
- Author: Webmaster CRIM

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan,

Sehubungan dengan ini, dipanjangkan makluman mengenai pelawaan untuk mengemukakan**
MANUSKRIP BAGI PENERBITAN BUKU NAM S&T CENTRE BERTAJUK “ROLE OF WOMEN IN SCIENCE,
TECHNOLOGY AND INNOVATION IN THE GLOBAL SOUTH”** untuk makluman semua PTJ.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia
telah menerima pelawaan daripada pihak NAM S&T Centre untuk mengemukakan manuskrip
bagi penerbitan buku tersebut. Penerbitan ini merupakan salah satu hasil susulan
_International Workshop on “Role of Women in Science, Technology and Innovation 
in the Global South”_ yang dianjurkan oleh NAM S&T Centre dengan kerjasama Ministry
of Tertiary Education, Science and Research, Republik Mauritius.

#### Bidang Kepakaran yang Dicari

Pihak NAM S&T Centre mempelawa pakar yang berkelayakan dari Malaysia dalam bidang
berkaitan:

 * Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam sains, teknologi dan inovasi (STI)
 * Dasar inovasi responsif gender
 * Pendidikan STEM dan keusahawanan
 * Pembangunan mampan dan inovasi inklusif
 * Pembangunan kapasiti atau bidang antara disiplin yang berkaitan

#### Maklumat Penghantaran & Syarat

 * **Format Dokumen:** Microsoft Word (Lengkap)
 * **Syarat Keaslian:** Manuskrip yang dikemukakan hendaklah asli, belum pernah 
   diterbitkan dan tidak dikemukakan untuk pertimbangan penerbitan di mana-mana 
   platform lain.
 * **Tarikh Tutup:** Selewat-lewatnya pada **5 Ogos 2026**.

#### Tatacara Permohonan

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan yang berhasrat
untuk menyertai penerbitan ini hendaklah mengemukakan manuskrip lengkap ke alamat
e-mel berikut bagi tujuan penyelarasan lanjut pihak MOSTI selaku _focal point_ NAM
S&T Centre di Malaysia:

 **Kepada:** [dhiren@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/dhiren@mosti.gov.my)
dan [naimah@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/naimah@mosti.gov.my)
**
Salinan Kepada (CC):** [syamsida@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/syamsida@mosti.gov.my),
[alarif@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/alarif@mosti.gov.my),
[aqilah.amanda@mosti.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/aqilah.amanda@mosti.gov.my)
dan [ctaida@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pelawaan-untuk-mengemukakan-manuskrip-bagi-penerbitan-buku-nam-st-centre-bertajuk-role-of-women-in-science-technology-and-innovation-in-the-global-south/ctaida@ukm.edu.my)

_* Pihak PTJ dimohon untuk meneliti e-mel beserta lampiran yang memperincikan tema
serta garis panduan penyediaan manuskrip._

---

Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/
puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ YBhg. Prof. Ulung/
Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan yang berkaitan.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/
puan didahului ucapan ribuan terima kasih.
