# Pelawaan Program Industry@University: 4.0 Industry Revolution Competence Centre Bagi Tahun 2019

- Link: https://research.ukm.my/pelawaan-program-industryuniversity-4-0-industry-revolution-competence-centre-bagi-tahun-2019/
- Published: 2019-04-02T10:13:41+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan
Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)** sedang mempelawa pihak universiti
untuk mengemukakan kertas cadangan bagi** mewujudkan atau menaik taraf Competence
Centre sedia ada, selaras dengan elemen-elemen pemangkin teknologi (technology drivers)
yang terdapat dalam dasar Industry4WRD iaitu Additive Manufacturing, Artificial 
Intelligence (AI), Big Data Analytics, Advanced Materials, Cybersecurity, Simulation,
Cloud Computing, Augmented Reality, Internet of Things (IoT), Autonomous Robots 
dan System Integratio**n.

Pemohon yang berminat hendaklah mengisi dan melengkapkan kertas cadangan mengikut
format seperti di **Lampiran 1** dan **slaid pembentangan (dalam format Microsoft
PowerPoint)** dan **menghantar kepada urus setia CRIM** melalui emel psupp@ukm.edu.my**
selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah hari pada 10 April 2019 (Rabu)** dan turut**
disalinkan** kepada Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat masing-masing
untuk tujuan rekod.

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Prof./tuan/puan, kertas cadangan dan slaid pembentangan
yang bakal dikemukakan kepada KPM akan melalui sesi tapisan awal di peringkat UKM
dan diperakui oleh Timbalan Naib Canselor(TNC) Penyelidikan dan Inovasi atau Timbalan
Naib Canselor(TNC) Jaringan Industri dan Masyarakat.

Bersama-sama ini disertakan surat pelawaan daripada KPM, format kertas cadangan (
Lampiran 1) untuk dilengkapkan dan panduan spesifikasi program (Lampiran 2) bagi
tujuan penyediaan kertas cadangan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan
Syafura Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau pegawai KPM, Encik Shahrul Nizam bin
Ahmad ditalian 03-88706474 (emel:shahrul.ahmad@moe.gov.my) atau Puan Hanisah binti
Zamani ditalian 03-88706465 (emel: hanizahzamani@moe.gov.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Surat KPM](http://bit.ly/2TM03PL)
    - [Lampiran 1- Format kertas cadangan](http://bit.ly/2FCpRJ2)
    - [Lampiran 2- Panduan spesifikasi program](http://bit.ly/2JT5psS)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
