<style id="elementor-post-17263">.elementor-17263 .elementor-element.elementor-element-ba33f53{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-17263 .elementor-element.elementor-element-7224ee43 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17263 .elementor-element.elementor-element-7224ee43{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pelawaan Permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2021 Fasa 2

- Link: https://research.ukm.my/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/
- Published: 2021-04-12T08:00:45+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Kementerian Pendidikan Malaysia**
telah membuka **permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Fasa 2**. 

Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Kementerian Pengajian Tinggi adalah merupakan
urus setia Jawatankuasa Kecil Tetap Pendidikan Tinggi (JKTPT) bagi SKUM. Maklumat
lanjut mengenaik permohonan boleh diperoleh melalui laman web SKUM  [https://unesco.org.my/v2/](https://unesco.org.my/v2/).

**Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan dan mengambil perhatian
kepada perkara-perkara penting berikut** : 

 * Program yang dipohon hendaklah berkaitan dengan **bidang kompetensi UNESCO terutamanya
   yang menyokong pencapaian SDG diperingkat nasional**;
 * Permohonan haruslah menggunakan **Format Borang dan Garis Panduan bagi Permohonan
   GSS**seperti yang dilampirkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan;
 * Salinan penyata bank UKM (yang telah disahkan oleh Jabatan Bendahari) dilampirkan
   bersama bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank ini boleh diperoleh daripada
   Seksyen Geran Universiti & Geran Luar, CRIM atau Bahagian Dasar & Akaun, Jabatan
   Bendahari:
 * Cadangan peruntukan program tidak boleh melibatkan perkara berikut :  (a) pembelian
   aset.   (b) pembayaran emolument serta perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian
   dengan program yang ingin dilaksanakan. 
 * Tarikh tutup untuk **pemohon mengemukakan permohonan kepada JKT**: selewat-lewatnya**
   30 April 2021 (Jumaat)**;  
 * Permohonan perlu dikemukakan melalui Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa(
   BHA), Kementerian Pengajian Tinggi dan die-melkan kepada [shahid@mohe.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/fazlina.shahid@mohe.gov.my)
   serta **disalinkan kepada SKUM **([skum.bha@moe.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/skum.bha@moe.gov.my)),
   pegawai CRIM ([psupp@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/psupp@ukm.edu.my))
   dan Sekretariat Penyelidikan PTj masing-masing untuk tujuan rekod.  

Justeru, kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon
untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/
institut/pusat masing-masing. 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim ditalian
03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 89214392 atau pihak SKUM: Suruhanjaya
Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM),  Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan 
Antarabangsa, Aras 7, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No. Telefon : 03 – 8884 6109

No. Faks : 03 – 8889 5473
Emel : [skum.bha@moe.gov.my](https://research.ukm.my/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/skum.bha@moe.gov.my)

 **Pelawaan Permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2021 Fasa 2** | Muat Turun/
_Download_ 1547 | Kemaskini / _update_ 12/04/2021

2 files

1. Garis Panduan GSS (2021 F2)

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/?wpdmdl=17271&ind=1618164245449&refresh=f548a42d&filename=3dS5wRe)

2. Borang Permohonan GSS

0 KB

[Download](https://research.ukm.my/download/pelawaan-permohonan-geran-sumbangan-skum-gss-tahun-2021-fasa-2/?wpdmdl=17271&ind=1618164271588&refresh=f548a5ac&filename=3d7YwR6)
