Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT)  telah mempelawa penyelidik yang berminat untuk memohon geran penyelidikan di bawah Program Memperkasa Pendidikan khas. Penyelidikan ini bertujuan untuk menyediakan bukti empirikal bagi menyokong proses penggubalan dasar baharu dan penambahbaikan terhadap dasar sedia ada

 

Pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dimohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut: 

a) Tempoh kajian selama enam (6) bulan sahaja.

b) Tawaran terbuka kepada kakitangan akademik sahaja.

c) Ketua penyelidik dan ahli merupakan warganegara Malaysia;

d) Ketua penyelidik merupakan kakitangan akademik tetap/ kontrak (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah) dan ahli kumpulan penyelidik dari institusi yang sama;

e) Ketua penyelidik mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah (PhD);

f)Ketua penyelidik dan ahli kumpulan penyelidikan hendaklah mempunyai kepakaran dalam bidang yang dikaji;

g)Ketua penyelidik yang berpindah universiti, cuti belajar, cuti sabatikal dan pencen perlu melepaskan kedudukan sebagai

ketua. Walau bagaimanapun, beliau boleh kekal sebagai ahli dalam kumpulan penyelidikan berkenaan; dan

h) Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan HANYA satu permohonan tajuk kajian sahaja.

 

Sukacita saya menarik perhatian pihak Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan memastikan penyelidik membaca dan memahami syarat permohonan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan. Pihak Sekretariat Penyelidikan PTJ juga diwajibkan membuat semakan bagi semua permohonan daripada  penyelidik di bawah pengurusan masing-masing sebelum mengemukakan ke CRIM untuk kelancaran proses perakuan CRIM ke KPM. Permohonan yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN KE KPM.

 

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan borang mengikut format KPM dan mengemukakannya secara softcopy melalui Sekretariat Penyelidikan PTJ. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu ditandatangan (tandatangan digital dibenarkan) dan di cap rasmi jawatan pemohon, di peraku oleh Dekan/Timbalan Dekan PTj (mempunyai tandatangan dan cap rasmi jawatan) dan seterusnya dikemukakan ke CRIM melalui emel psupp@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada 25 Jun 2021 (Jumaat) untuk tindakan pihak CRIM selanjutnya.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Pelawaan Menjalankan Penyelidikan Menggunakan Peruntukan di Bawah Program Memperkasa Pendidikan Khas | Muat Turun / Download 317 | Kemaskini / update 11/06/2021
FileAction
1. Borang Permohonan, Garis Panduan dan LampiranDownload