# Pekeliling CRIM BIL. 1/2019: Garis Panduan Pengurusan Projek Penyelidikan Dana Luar (Kuat Kuasa 1 Januari 2019)

- Link: https://research.ukm.my/pekeliling-crim-bil-1-2019-garis-panduan-pengurusan-projek-penyelidikan-dana-luar-kuat-kuasa-1-januari-2019/
- Published: 2019-03-26T11:51:25+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 15/2**
018 pada **4 Disember 201**8 telah meluluskan Garis Panduan Pengurusan Projek Dana
Luar berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Garis Panduan ini boleh dicapai melalui
laman sesawang CRIM (https://research.ukm.my/dana-luar-kebangsaan-dan-antarabangsa/)

Sukacita pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan **mengambil perhatia**
n terhadap perkara berikut :
 (i) Setiap projek penyelidikan dana luar dan projek
penyelidikan kontrak **yang diluluskan oleh pembiaya dana kepada penyelidik atas
kapasiti staf UKM perlulah melalui, dan dengan kebenaran UKM serta WAJIB didaftarkan
melalui Sistem Maklumat Pengurusan Universiti (SMPU**); (ii) Peruntukan projek **
WAJI**B dimasukkan ke akaun Bendahari UKM sebagai syarat untuk mendaftar dalam SMPU;
dan (iii) **Mana-mana aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan tanpa kebenaran bertulis
daripada UKM tidak diiktiraf sebagai tugas rasmi UKM**.

Sehubungan ini, kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon
agar dapat memaklumkan pekeliling ini kepada penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti
Abdul Halim di talian 03-89214679.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Garis Panduan](http://bit.ly/2HHHx9R)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
