<style id="elementor-post-16148">.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-75b44352{margin-top:-15px;margin-bottom:0px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-3c7ffd99 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-3c7ffd99{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-252dbc52 .elementor-heading-title{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item:not(:last-child):after{border-color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon i{color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-icon svg{fill:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-item > a{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget-icon-list .elementor-icon-list-text{color:var( --e-global-color-secondary );}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-items:not(.elementor-inline-items) .elementor-icon-list-item:not(:last-child){padding-block-end:calc(13px/2);}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-items:not(.elementor-inline-items) .elementor-icon-list-item:not(:first-child){margin-block-start:calc(13px/2);}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-items.elementor-inline-items .elementor-icon-list-item{margin-inline:calc(13px/2);}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-items.elementor-inline-items{margin-inline:calc(-13px/2);}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-items.elementor-inline-items .elementor-icon-list-item:after{inset-inline-end:calc(-13px/2);}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-icon i{color:#E00202;transition:color 0.3s;}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-icon svg{fill:#E00202;transition:fill 0.3s;}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e{--e-icon-list-icon-size:18px;--e-icon-list-icon-align:left;--e-icon-list-icon-margin:0 calc(var(--e-icon-list-icon-size, 1em) * 0.25) 0 0;--icon-vertical-offset:0px;}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-item > .elementor-icon-list-text, .elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-item > a{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;font-weight:bold;font-style:normal;}.elementor-16148 .elementor-element.elementor-element-408296e .elementor-icon-list-text{color:#287B9E;transition:color 0.3s;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Makluman Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Khas Pasca Covid-19 di Bawah Dana Kementerian Pengajian Tinggi (TARIH TUTUP: 20 April 2020)

- Link: https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-khas-pasca-covid-19-di-bawah-dana-kementerian-pengajian-tinggi-tarih-tutup-20-april-2020/
- Published: 2020-04-16T12:38:15+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)** dalam suratnya dan emel bertarikh 14 April
2020 akan menawarkan **Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19** terbuka kepada **
semua pensyarah Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta**. Penawaran
geran penyelidikan ini yang bersifat jangka pendek, adalah **usaha KPT dalam menyediakan
sumber rujukan kepada Kerajaan terutamanya kepada Kementerian berkaitan sebagai 
persediaan merangka polisi atau dasar dalam menghadapi senario kehidupan selepas
wabak Covid19.**

Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 ini akan dibuka untuk penyelidik UKM mulai**
15 April 2020 sehingga 20 April 2020**. Sehubungan itu, penyelidik adalah dipohon
untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

3.1   Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan
Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 yang disertakan. Borang Permohonan adalah
seperti yang dilampirkan.

 3.2   Permohonan akan dinilai oleh penilaian dalaman peringkat UKM dengan **minimum
seorang panel berpangkat Profesor dalam bidang kepakaran berkaitan**. Ulasan panel
beserta bukti tindakan penambahbaikan yang telah diambil turut perlu disertakan.

 3.3   Hanya **10 proposal terbaik** yang terpilih akan dihantar ke KPT.

3.4   Ketua Penyelidik mestilah **warganegara Malaysia**.

 3.5   Ketua Penyelidik mestilah **pernah menerima **mana-mana geran penyelidikan
kompetitif **peringkat nasional atau antarabangsa** yang berkaitan serta berjaya
melaksanakan projek tersebut.

 3.6   Pemohon hanya dibenarkan **mengetuai satu (1) projek sahaja **dan hanya satu
permohonan projek akan diperakukan untuk geran ini.

 3.7   Setiap Kertas Cadangan Penyelidikan mesti diketuai oleh seorang penyelidik
utama dan dianggotai oleh **2 orang penyelidik bersama**.

 3.8   Tempoh penyelidikan bagi geran ini adalah selama **enam (6) bulan (1 Jun-
31 Disember 2020)**

 3.9   Setiap permohonan projek mestilah **memenuhi salah satu bidang** yang telah
ditetapkan berdasarkan 20 Bidang Utama seperti yang dinyatakan dalam garis panduan.**
Mohon rujuk Garis Panduan Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 (2020).**

 3.10   Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah **tidak melebihi siling yang ditetapkan
berjumlah RM25,000.00 dan minima RM5,000.00** (berpadanan dengan skop penyelidikan
yang akan dilaksanakan. 

 3.11   **Hasil Penyelidikan:**

Kajian jangka pendek ini diharapkan untuk menghasilkan pelan tindakan yang mengandungi
_quick wins_, jangka pendek dan jangka panjang yang berpaksikan rakyat, kos rendah/
efektif, berkonsepkan _blue ocean strategy_ dan memanfaatkan kerajaan yang meliputi
aspek:

 1. Keberkesanan polisi sedia ada
 2. Cadangan kepada penambahbaikan polisi/dasar kesan COVID-19
 3. Kerangka Halatuju dan/atau Garis Panduan Baharu
 4. Lain-lain Kerangka Kertas Polisi/Dasar
 5. Penerbitan sekurang-kurangnya **1 jurnal terindeks SCOPUS**

3.12   Borang Permohonan perlu **ditandatangan **dan disertakan bersama **CV ringkas
setiap penyelidik, carta alir dan carta perbatuan (Gantt Chart)**. Borang perlu 
diemelkan kepada ctaida@ukm.edu.my **selewat-lewatnya pada 20 April 2020 jam 5.00
petang.**

Bersama-sama ini dikemukakan** garis panduan, borang permohonan dan jadual kerja
bagi permohonan Geran Penyelidikan Khas Pasca COVID-19 peringkat UKM** untuk perhatian
pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Sukacita YBhg. Datuk/ Dato’/
Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan memanjangkan perkara ini kepada semua penyelidik di
PTj masing-masing. 

Untuk sebarang pertanyaan berhubung geran ini  YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./
Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai CRIM secara emel, Puan Siti Noraida Binti
Sood (ctaida@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

 *  [    Borang Permohonan ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/04/BORANG-PERMOHONAN-GERAN-KHAS-PASCA-COVID-19.docx)
 *  [    Garis Panduan ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/04/GARIS-PANDUAN-GERAN-KHAS-PASCA-COVID-19-2020.pdf)
 *  [    Jaduan Kerja ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/04/Jadual-Kerja-Permohonan-Geran-Khas-Covid-19-KPM-Tahun-2020-Peringkat-UKM.pdf)
