# Makluman Pembukaan Permohonan Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Fasa 1 Tahun 2020

- Link: https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-dana-skim-geran-penyelidikan-fundamental-frgs-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-fasa-1-tahun-2020/
- Published: 2020-01-10T17:25:45+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

**Kementerian Pendidikan Malaysia** telah membuka permohonan **Dana Skim Geran Penyelidikan
Fundamental (FRGS) Fasa 1 Tahun 2020** kepada kakitangan akademik di Universiti 
Awam dan Universiti Swasta mulai **6 Januari 2020**. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan**
secara atas talian** menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System)
yang boleh diakses seperti di pautan [https://mygrants.gov.my](https://mygrants.gov.my).

Tarikh akhir penghantaran proposal FRGS Fasa 1 Tahun 2020 peringkat UKM adalah pada**
10 Februari 2020**. Sila rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran FRGS Fasa 1/2020 yang
dilampirkan.

Pembukaan FRGS Fasa 1 Tahun 2020 adalah berdasarkan pada **tujuh (7) domain** penyelidikan
seperti berikut:
 1⃣ Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); 2⃣ Teknologi dan Kejuruteraan(
TK); 3⃣ Sains Tulen dan Gunaan (STG); 4⃣ Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK); 5⃣Sains
Sosial (SS); 6⃣ Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan 7⃣ Warisan Alam dan Budaya(
WAB)

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
**
4.1 Universiti** ➖ Diwajibkan berdaftar dan mengisi data pencapaian Malaysia Research
Assessment (MyRA®) dalam **Sistem _Malaysia Research Assessment Instrument_ (Sistem
eMyRA) Tahun 2018**; ➖ Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu memastikan penyelidik
yang telah diluluskan projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan KPM bagi**
fasa terdahulu** telah **mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir
dalam MyGRANTS** dan **disahkan oleh RMC berdasarkan Laporan Pemantauan Bilangan
2 Tahun 2019**; dan ➖ RMC perlu membuat penilaian dalaman di peringkat Universiti
dengan **minimum dua (2) orang panel penilai** untuk setiap permohonan.

4**.2 Penyelidik**
 ➖ Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik
yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan **(sila rujuk Garis Panduan
FRGS (Pindaan Tahun 2020)**; ➖ Ketua Projek mestilah telah **mengisi dan melengkapkan
Laporan Prestasi bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu** 
dalam Modul Pemantauan MyGRANTS (dikecualikan untuk RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, 
NRGS); ➖ Penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan **satu (1) permohonan sebagai
Ketua Projek bagi FRGS atau PRGS**; dan **satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek
bagi TRGS atau LRGS**; dan ➖ Penyelidik perlu **mengemaskini dan melengkapkan Profil
Penyelidik** (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP),
Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan 
Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu **disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS**.
CRIM dan Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak
dikemaskini atau tidak lengkap.

4.3 Siling permohonan FRGS adalah **RM250,000.00 bagi tempoh dua (2) atau tiga (
3) tahun penyelidikan**;

4.4 Setiap permohonan dimestikan untuk **mematuhi semua syarat dan kriteria** **
yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen 
Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM** yang berkuat kuasa. Garis Panduan FRGS (Pindaan
Tahun 2020) juga boleh diakses melalui Portal MyGRANTS. Pindaan terkini dalam Garis
Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) adalah seperti yang diwarnakan biru.

**Pihak PTJ adalah diingatkan** untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan
berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan MyGRANTS mengikut tempoh masa
yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam
Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan
KPM yang berkuat kuasa. CRIM dan Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan
yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Prof./Dr. boleh
menghubungi pegawai di CRIM, Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel: 03-89215631, Emel:
ctaida@ukm.edu.my) atau Cik Siti Fatin Nabilah Binti Abdullah Halim (Tel: 03-89214064,
Emel: fatin_nabilah@ukm.edu.my).

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_empty_space height=”
10px”][vc_custom_heading text=”Sila klik dibawah untuk muat turun:-” font_container
=”tag:h5|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][ultimate_icon_list icon_size=”10px”][
ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^https://research.ukm.my/
wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585
|description^null”][Garis Panduan](http://bit.ly/2R2Od4z)[/ultimate_icon_list_item][
ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^https://research.ukm.my/
wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585
|description^null”][Jadual Kerja Permohonan](http://bit.ly/35BjHnz)[/ultimate_icon_list_item][
ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^https://research.ukm.my/
wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585
|description^null”][Masterlist Permohonan](http://bit.ly/2QDCaM8)[/ultimate_icon_list_item][/
ultimate_icon_list][/vc_column][/vc_row]
