<style id="elementor-post-19621">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Makluman Pembukaan Permohonan Bagi Projek Penyelidikan Di Bawah Kerjasama Teknikal Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Antara Kerajaan Malaysia Dengan Kerajaan Jepun Bagi Tahun Kewangan 2024 (SATREPS FY2024)

- Link: https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy2/
- Published: 2023-07-20T11:48:57+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada 
Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi(
Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS)
bagi tahun kewangan 2024. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama
antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global
dalam bidang tersebut.  

Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr., maklumat am dan syarat bagi permohonan
ini adalah seperti berikut:

1.     Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical
Cooperation seperti di **Lampiran A**. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan
mengemukakan **MOHE Cost Proforma** seperti di** Lampiran B**. Cost Proforma ini
merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT;

2.     Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang
iaitu **_Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation,_**
dan**_ Infectious Diseases Control_**;** **

3.     **Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan
kerjasama (_counterpart_) di Jepun**. 

·       Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama
yang sama kepada _Japan Science and Technology Agency_ (JST) di bawah _Ministry 
of Education, Culture, Sports, Science and Technology_ (MEXT) Jepun di Tokyo. 

·       Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang_ Infectious Diseases
Control _perlu mengemukakan permohonan kepada J_apan Agency for Medical Research
and Development (A_MED);

4.     **Tempoh projek **di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah **tiga (3) hingga
lima (5) tahun**; 

5.     Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat
berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat: **[https://www.jst.go.jp/global/english/about.html](https://www.jst.go.jp/global/english/about.html)**

6.     Pihak Universiti juga dipohon untuk membuat saringan di peringkat institusi
bagi mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada urus setia.
Ulasan penilaian di peringkat universiti perlu dikemukakan bersama kepada urus setia
untuk rekod; 

7.     Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan yang dihantar kepada
Kementerian melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan akan diperaku untuk penilaian 
seterusnya; ** **

8.     **Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian
KPT. Sesi pembentangan permohonan dijangka dijadualkan pada hujung Ogos/awal September**.
Pusat Pengurusan Penyelidikan (_Research Management Centre_ – RMC) dan semua pemohon
adalah dipohon mengambil maklum akan tarikh pembentangan permohonan ini; ** **

9.     **Siling peruntukan adalah RM5 juta**. Penyelidik Malaysia adalah dimohon
untuk berbincang dengan penyelidik Jepun bagi memastikan nisbah permohonan peruntukan
adalah dipersetujui bersama supaya mempunyai peluang tinggi untuk diperaku setelah
dipanjangkan bagi penilaian di peringkat Jepun;  

10.  Ketua Projek adalah diwajibkan hadir ke sesi pembentangan ini untuk membentangkan
cadangan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian yang dilantik oleh Jabatan. Pembentangan
permohonan tidak boleh diwakilkan kepada ahli projek lain. Ketua projek dipohon 
untuk mengambil maklum akan **format pembentangan **seperti di **Lampiran E;** dan****

11.  **Salinan lembut slaid pembentangan perlu dihantar bersekali dengan borang 
permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan.** Jadual pembentangan hanya akan dimuktamadkan
selepas kesemua permohonan selesai disemak oleh urus setia SATREPS.

Bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan

·       **Format Permohonan** seperti di **Lampiran A**, [https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

·       **_MOHE Cost Proforma_** seperti di **Lampiran B**, [https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

·       **Senarai Semak Penghantaran Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2024** seperti
di **Lampiran C**, [https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

·       **Senarai Permohonan (_masterlist_) SATREPS Tahun Kewangan 2024** seperti
di **Lampiran D**, [https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

·       **Format Pembentangan** seperti di **Lampiran E, dan **[https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

·       **Jadual Kerja Permohonan SATREPS FY2024 **[https://bit.ly/3OjnMXd](https://bit.ly/3OjnMXd)

Semua permohonan perlu dikemukakan oleh F/I/P kepada CRIM sebelum atau pada **sebelum
atau pada 11 Ogos 2023 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari.**

** **

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Siti Noraida Binti Sood (c[taida@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy2/taida@ukm.edu.my)/
03-8921 5631) atau Cik Nur Athirah Zainal ([athirah@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy2/athirah@ukm.edu.my)/
03-8921 4064). Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. berhubung perkara
ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 
