<style id="elementor-post-19644">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Pembukaan Permohonan Program Translasional Penyelidikan 2023 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bidang Kesejahteraan Sosial

- Link: https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/
- Published: 2023-07-20T14:09:45+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka penawaran
Program Translasional Penyelidikan 2023 dan **Universiti Sains Malaysia (USM)** 
telah dilantik sebagai Ketua Projek (Universiti Peneraju) bagi bidang fokus **Kesejahteraan
Sosial.**** **

 

1. Antara objektif Program Translasional Penyelidikan 2023 adalah untuk: 

 * Menghasilkan penyelesaian yang komprehensif terhadap isu-isu semasa negara melalui
   inovasi sosial;
 * Menghasilkan output dan outcome yang telah diterjemahkan dan memberikan manfaat
   kepada negara; dan
 * Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. 

2. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Datin/Dato’/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan adalah dijemput
untuk mengemukakan cadangan program atau projek pembangunan berasaskan penyelidikan
fundamental berkaitan tema di atas yang berpotensi untuk diterjemahkan untuk faedah
kerajaan, industri, akademia dan perlu merangkumi skop berikut: [https://bit.ly/44Ot2re](https://bit.ly/44Ot2re)

 * Menyokong Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menumpukan kepada penambahbaikan
   dan kecekapan perniagaan; 
 * Bersifat koperasi atau konsortium yang menyokong komuniti serta menumpukan manfaat
   ekonomi dan kesejahteraan sosial; 
 * Melibatkan agensi Kerajaan dan akademia yang merangkumi pembangunan, perancangan
   atau pelan strategik; dan
 * Bersifat multi atau inter discipline. 

3. Pemohon yang berminat hendaklah **menyediakan Kertas**** Kerja Penuh**** dan 
mengemukakan kepada Sekretariat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 (Isnin) sebelum
jam 11.59 malam melalui emel [irnisyuhada@usm.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/irnisyuhada@usm.my)
dan [yananajwa@usm.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/yananajwa@usm.my)**

 

4. Sukacita pihak CRIM mengambil perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./
Tuan/Puan mengenai perkara-perkara seperti di bawah:

 

  |

**Perkara **

  |

**Tarikh **

  |  
 |

**Penyerahan Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional**

  |

**31 Julai 2023**

  |  
 |

Penilaian Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional Peringkat USM 

  |

**7 Ogos 2023 **

  |  
 |

Penyerahan Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional Kepada KPT 

  |

**12 Ogos 2023 **

  |

 

i) Pemohon yang berminat hendaklah menyediakan Kertas Kerja Penuh dan **mengemukakan
kepada Sekretariat USM selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 (Isnin) sebelum jam 11.59
malam** **melalui emel [irnisyuhada@usm.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/irnisyuhada@usm.my)
dan [yananajwa@usm.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/yananajwa@usm.my).**

 

ii) Salinan Kertas Kerja Penuh yang dihantar ke Sekretariat USM mohon disalinkan
juga kepada CRIM ([ctaida@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/ctaida@ukm.edu.my))
untuk tujuan pemakluman dan rekod.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Puan Siti Noraida Binti Sood ([ctaida@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/ctaida@ukm.edu.my)/
03-8921 5631) atau Cik Nur Athirah Zainal ([athirah@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/makluman-pembukaan-permohonan-bagi-projek-penyelidikan-di-bawah-kerjasama-teknikal-dalam-bidang-sains-dan-teknologi-antara-kerajaan-malaysia-dengan-kerajaan-jepun-bagi-tahun-kewangan-2024-satreps-fy-2/athirah@ukm.edu.my)/
03-8921 4064). Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr. berhubung perkara
ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

 
