<style id="elementor-post-18627">.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Latar Belakang

- Link: https://research.ukm.my/latar-belakang/
- Published: 2023-11-08T10:13:21+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Profil Korporat CRIM

#  Visi & Misi  CRIM UKM

 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi komited memperkukuh ekosistem penyelidikan
UKM melalui tadbir urus, perkhidmatan dan sokongan penyelidikan yang profesional,
cekap dan berimpak.

##  Visi, Misi & Dasar Kualiti

    CRIM UKM

###  Visi

 Bertekad menjadi pusat perkhidmatan yang dinamik dan terkehadapan bagi mencapai
universiti bertaraf dunia.

###  Misi

 Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berinovasi.

###  Dasar Kualiti

 Bertekad menyediakan perkhidmatan secara profesional dan berkualiti serta mengamalkan
budaya kerja cemerlang berteraskan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan
pelanggan.

##  Latar Belakang

 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) Universiti Kebangsaan Malaysia(
UKM) merupakan entiti utama yang bertanggungjawab memacu, menyelaraskan, dan mengurus
ekosistem penyelidikan di universiti. Sejajar dengan pengiktirafan UKM sebagai salah
sebuah Universiti Penyelidikan _(Research University)_ terkemuka di Malaysia, CRIM
memainkan peranan penting dalam merealisasikan agenda penyelidikan dan inovasi negara.

 Sebagai nadi pentadbiran R&D, bidang kuasa CRIM merangkumi perancangan strategik
penyelidikan, pengurusan dana dan geran di pelbagai peringkat, pemantauan prestasi
projek, serta pengurusan perkhidmatan makmal berpusat. Kami sentiasa komited untuk
menyediakan kemudahan tadbir urus berprestasi tinggi bagi menyokong para penyelidik
menghasilkan output berimpak tinggi demi kesejahteraan masyarakat dan penjanaan 
kekayaan negara.

##  Matlamat Penubuhan

 Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ditubuhkan bertujuan untuk
mencapai matlamat seperti berikut:

 01

###  Pemantauan⏎  Kewangan

 Memastikan supaya penyelarasan dan pemantauan kewangan penyelidikan yang kemas,
sistematik serta cekap.

 02

###  Penyebaran⏎  Maklumat

 Memastikan penyebaran maklumat berkaitan penyelidikan dijalankan dengan baik dan
berkesan.

 03

###  Peningkatan⏎  Reputasi

 Meningkatkan reputasi UKM sebagai universiti yang berkualiti dan cekap dalam mengurus
penyelidikan.

 04

###  Penjanaan⏎  Dana

 Membantu penjanaan dana yang lebih tinggi daripada pelbagai sumber dalam dan luar
negara.

 05

###  Pengurusan⏎  Sistematik

 Memperkukuhkan dan mengurus urusan penyelidikan dengan lebih teratur, cekap dan
sistematik.

 06

###  Universiti⏎  Terkehadapan

 Menjadikan UKM terkehadapan dalam pengurusan penyelidikan di Malaysia.

 07

###  Jaringan⏎  Global

 Meningkatkan penyebaran maklumat penyelidikan di dalam dan luar negara.

##  Fungsi Utama

   Perancangan dan penyusunan strategi R&D di UKM

   Pengurusan dana Universiti Penyelidikan

   Pengurusan permohonan dan pemantauan projek penyelidikan

   Pengurusan pelantikan modal insan penyelidikan

   Pengurusan permohonan menghadiri dan mengadakan persidangan

   Pengurusan instrumentasi dan perkhidmatan makmal berpusat

##  Piagam Pelanggan

 Kumpulan sasar perkhidmatan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi.

  Secara Langsung

   Para Penyelidik / Kakitangan Akademik UKM

   Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

   Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

   Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang berkenaan

   Pembantu Penyelidik

  Tidak Langsung

   Masyarakat Umum

   Agensi-agensi Lain

   Institusi Pengajian Tinggi

   Institusi Penyelidikan Lain

   Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)
