# Hebahan : Permohonan Dana Kolaborasi Antarabangsa (International Collaboration Fund), MESTEEC

- Link: https://research.ukm.my/hebahan-permohonan-dana-kolaborasi-antarabangsa-international-collaboration-fund-mesteec/
- Published: 2019-02-08T10:19:09+08:00
- Author: Webmaster CRIM

[vc_row][vc_column][vc_column_text]**Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam 
Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)** sedang menawarkan permohonan **Dana Kolaborasi
Antarabangsa/International Collaboration Fund (ICF)**. Dana ini adalah geran yang
disediakan kepada **penyelidik, saintis dan jurutera tempatan** yang menjalankan
projek R&D dengan kerjasama penyelidik luar negara. Dana ini diwujudkan sebagai 
platform untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti penyelidikan serta kerjasama
antarabangsa dalam projek R&D yang **kompetitif, inovatif dan berimpak tinggi** 
seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang 
membawa kepada pengkomersialan.

Permohonan Dana ini dibuka sepanjang tahun. Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan
permohonan secara atas talian menggunakan sistem eDana melalui pautan [http://edana.mestecc.gov.my](http://edana.mestecc.gov.my).
Permohonan yang telah dihantar melalui Sistem eDana perlu dihantar secara hardcopy
kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat masing-masing
mengikut jadual penghantaran ICF ([https://goo.gl/F2AzNR](https://goo.gl/F2AzNR)).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti di lampiran ([https://goo.gl/F2AzNR](https://goo.gl/F2AzNR)).

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim (03-
89214679) atau Cik Norzahira Ramli (03-89214392).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]

    - [Masterlist](https://goo.gl/dYQ8sD)
 * [/su_list]

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
